Sunday, 17 January 2016

CENDAWAN CAWAN MASAM MANIS

LAMA GAK TAK MAKAN CENDAWAN NI..






Assalamualaikum...


Selamat malam semua. Lama betul Ita tak makan cendawan ni. Pernah gak suarakan kepada encik suami, mengidam betul nak makan cendawan ni. Nak dapatkan cendawan ni sangat lah susah sebab tak terdapat kat pasar. Kalau cendawan sisir atau cendawan kukur tu senang jer dapat di area Kota Bharu ni. 

Tuhan dengar jer rintaihan hati rupa nya. Bila ayah datang bawa cendawan ni.. ya Allah.. syukur sangat .. Allah lunaskan keinginan hati Ita ni. Cendawan ni biasanya musim hujan hujung tahun baru ada. Itu pun bukan semua kawasan yang ada. Cendawan ni.., ayah kutih dekat kebun durian nya yang bersebelahan dengan kebun getah. Biasa nya ayah akan bagi kan orang lain yang menoreh kebun getahnya, jadi sebab itu agaknya ayah tak pernah kutip cendawan ni sebab jarang ia ke sana.


Tapi bila dia nak datang ke rumah Ita, dia gagahkan dirinya untuk mengutip cendawan cawan ini. Terharunya lah hai..

Cendawan butang ni selalu nya ma Ita akan masak lemak tapi Ita ubahkan menjadi goreng masam manis bersama perut lembu. Rasanya, memang sedap. Anak-anak Ita pun mengemarinya walaupun mereka tak pernah makan sebelum ni.

Jom kita semak resepinya:

CENDAWAN CAWAN MASAM MANIS

Bahan-bahannya:

1 mangkuk cendawan cawan-cuci dan toskan
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 susu besar sos tiram
1 cawan perut lembu-hiris dan rebus empuk
1/2 senduk kecil minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Masukkan cendawan dan kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan perut lembu dan kacau rata. 
  5. Masukkan sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Hidang bersama nasi putih dan lauk lain.

Kawan-kawan bolehlah mencuba resepi cendawan ini. 

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM