KOLEH TAHI MINYAK

TAHI MINYAK YANG SEDAP DI GANDINGKAN DENGAN KOLEH..



Assalamualaikum.. selamat pagi. Alhamdulillah buat teman-teman maya Ita pagi ini. 

Lama jugak Ita tak update blog dapur maya Ita kali ini. Bukan Ita tak masak, tapi mood berblog tiba-tiba hilang dan tawar hati jer..hehehe.. Kita manusia ni macam tu lah..adakala mood kita okey jer, kadang kala tu.. bersemangat jer kan.. Dah nama nya pun manusia kan...

Takpe.. takde mood nak berblog kira okey lagi, macam mana kalau takde mood nak beribadat.. aduhai.. mintak dijauhkan lah ya.. Yang tu memang tak boleh nak ikut mood.. selagi ada nyawa dikandung badan.. amal ibadat jangan putus ya.

Hari ni .., hari jumaat jangan lupa lipat gandakan amalan sunat tau.. Bagi yang berhujung minggu tu, jangan lupa ada masa terluang, baca al quran. Di penghujung usia macam Ita ni..mula lah rasa ruginya dulu-dulu tak baca al quran tiap hari. Kenapalah tak diberi kesedaran sejak dulu.. sayangkan.. Jadi, pada adik-adik kesayangan Ita, bacalah al quran setiap hari walaupun sedikit, dah jadi macam makcik ni..timbullah rasa menyesal tau!

Okey, pagi ni.. Ita nak kongsikan satu resepi kuih lama iaitu.. KOLEH TAHI MINYAK.. rasanya memang terangkat kalau yang duduk nak bangun tu.. sedap dik ooi.. memang berbaloi-baloi buat sendiri. makannya bertambah-tambah.. kena pulak dengan tahi minyaknya yang sedap tu..lagi pulak letak banyak-banyak.. sekelip mata jer,, satu dulang dah pun hilang ke dalam perut..kikikiki..

Jom semak resepinya ya:

KOLEH TAHI MINYAK

Bahan-bahannya:

(A) 600 ml santan pekat




(A) 600 ml santan pekat

caranya: masukkan ke dalam periuk atau kuali, msak hingga pekat, perlahankan api. Biar hingga menjadi tahi minyak berwarna keperang-perangan. Kemudian tapiskan dan asingkan minyak dengan tahi minyak tadi. Minyak disimpan untuk membuat koleh.


(B) 
170 gm gula melaka
2 hela daun pandan
100 gm gula
150 ml air

cara-caranya: campur semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga gula melaka dan gula larut. angkat dan tapiskan.


(C)
 1 helai daun pandan
600 ml air
1/2 sudu kecil garam
170 gm tepung kacang hijau
200 ml santan
1 sudu besar minyak kelapa (dari tahi minyak tadi)

caranya:

Campur semua bahan kecuali minyak dan daun pandan.
kacau guna whisk hingga rata.
masukkkan ke dalam periuk.
masukkan daun pandan dan kacau hingga pekat.
bila pekat, masukkan minyak masak dan kacau hingga likat. anggaran 30 minit.
curahkan ke dalam loyang yang beralas plastik dan disapu minyak.
taburkan tahi minyak dan biar hingga koleh sejuk da mengeras.
nikmatilah koleh tahi minyak yang sangat sedap ini.

p/s: Ita letak pewarna brown untuk dapatkan colour yang Ita sukai..

Okey selamat mencuba. 

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts