ROTI JALA

KERANA KARI BERBAKI...



Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Dah breakfast ke belum? Jangan tak breakfast ya. nanti tak selesa nak memulakan rutin harian. Selera makan Ita 2-3 hari ni agak menarik sikit. Nak hadap makanan jer.. Bagi apapun semua nak telan.  

Semalam Ita masak kari daging tapi Ita tak poskan kat sini sebab merasakan sudah banyak kali Ita poskan kari daging. Jadi pagi ni, kari masih berbaki. Nak memudahkan tugas buat roti jala dan cecah dengan kari. Kan mudah jer gitu. Roti jala pun dah beberapa kali juga Ita kongsikan resepinya. Namun untuk memudahkan pengunjung dapur maya Ita ini, Ita akan retype kan sekali ya.

Jom kita tinjau resepinya.

ROTI JALA

Bahan-bahannya:

3 cawan gandum

3 cawan air

3 biji telur 

2/3 cawan minyak

1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Campur semua bahan ke dalam blender atau pengisar dan
 
kisar sebati.

Panaskan kuali leper. sapu sedikit minyak masak.

Masukkan bahan kisar ke dalam acuan roti jala.

Kirai ke atas kuali leper.

Sekejap sahaja ya.. angkat dan gulung.

Hidang bersama kari kegemaran anda.


Alhamdulillah, masih ada rezeki buat kita pagi ini ya. Semuga setiap usaha dan air tangan kita berkat dan bermanafaat.

Sehingga jumpa lagi dan selamat mencuba.

Assalamualaikum.




















Comments

Popular Posts