SERI MUKA GULA MELAKA

SERI MUKA GULA MELAKA VERSI III ...





Assalamualaikum... selamat pagi semua.. semuga kehidupan kita di rahmati Allah sentiasa. Ita doakan semuga adik-adik dan kawan--kawan semua sentiasa sihat walafiat dan lindungi Allah snt. Salam ceria-ceria selalu ya.. Ita di Kota Bharu ni, permulaan minggu hari ini, sibuk sikit dengan persiapan pagi sebelum anak-anak ke sekolah dan suami ke pejabat.

Pagi ini Ita sediakan beberapa hidangan kegemaran suami dan anak-anak sebagai sarapan pagi. Suami Ita sukakan kuih-muih lama seperti kuih seri muka. Jadi, Ita sediakan seri muka gula melaka versi kurangkan telur. Kuih ni, Ita dah kukus malam tadi supaya bila sejuk, ia cantik dan senang dipotong. Siap mengukus jam menunjukkan 11.30 malam..hehehe..awal lagi kot. 

Bila ita sejukkan dibawah saji, pagi ini Ita buka jer tudung saji.. Woow!! cantik elok jer rupa parasnya.. apalagi.. Ita pun dah ngap dulu lah sebelum orang lain rasa..hehee..

Untuk anak-anak Ita, Ita goreng nasi goreng kampung.. Mereka adik beradik memang sukakan nasi goreng.. kadang kala tu, selang satu hari mesti mesti nak nasi goreng juga.. Kalau zaman mak-mak kita dulu.. nasi lebihan malam tadi jer yang di gorengkan.. tapi sekarang ni..sengaja masak nasi banyak-banyak untuk digorengkan pagi esokkannya. Itu lah yang berlaku pada Ita sekarang.. anak-anak memang sangat sukakan nasi goreng.  Ita pulak, kalau masak nasi goreng mesti nak letak kangkung dan kacang panjang banyak-banyak baru lah rasa nikmat nasi goreng tu.. terlebih sukakan sayur.. dah jadi macam vegetarian pulak, hehehe..

Mari Ita kongsikan seri muka gula melaka yang Ita hidangkan sebagai sarapan pagi ini:


SERI MUKA GULA MELAKA

Bahan-bahannya:
(A)
2 cawan beras pulut -rendam 3 jam
1 sudu kecil garam
200 ml santan kotak (Ita guna brand KARA)
1 cawan air

(B)
4 keping gula melaka (keping besar) anggaran 380 gm
1 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
4 biji telur

cara-caranya:

  1. Mula-mula sekali panaskan kukusan.
  2. Sediakan loyang 7 inci dan alaskan dengan plastik serta sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam loyang.
  4. Masukkan garam, air dan santan.
  5. Kukus hingga pulut masak.
  6. Sementara itu, panaskan gula melaka dan air serta daun pandan hingga gulamelaka hancur. Angkat dan tapiskan.
  7. Bila pulut masak tekan kan pulut hingga padat dan rata. Ketepikan.
  8. Satukan telur, tepung gandum, tepung jagung, garam dan sirap gula melaka tadi. 
  9. Kacau hingga rata dan tapiskan.
  10. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan hingga sedikit pekat. Jangan terlalu lama, cukup sekadar ia berwap sahaja.
  11. Curahkan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 20-25 minit atau hingga masak.
  12. Pastikan tutup kukusan dibalut untuk mengelakkan air menitik di atas kuih.
  13. Bila masak, biar ia betul-betul sejuk sebelum dipotong.
  14. Potong menggunakan pisau plastik yang telah disapukan minyak masak akan menghasilkan potongan yang cantik.
Okey, adik-adik dan kawan-kawan boleh lah cuba ya.. semuga perkongsian ini menjadi manafaat buat semua.

Assalamualaikum..

Ruzita Idias Ismail
Kota Bharu..


Comments

Popular Posts