Saturday, 30 January 2016

YONG TAU FU

YONG TAU FU HARI KEDUA..




Assalamualaikum...


selamat petang dan salam sejahtera buat teman-teman maya Ita. Selamat petang ya, semuga hari ini teman-teman semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dalam rahmatNya. 

Ita masak apa ya? Hari ini Ita ke TESCO bersama teman sehidup semati Ita..hehehehe.. seusai breakfast di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Ita bergerak ke TESCO untuk mencari bahan dapur Ita. Jujur, Ita memang selesa bershopping di TESCO yang pada Ita sentiasa menyediakan bahan segar dan banyak pilihan.

Bila sampai disana Ita tengok sayur segar, lalu Ita bertanyakan suami Ita, kita masak yong taufu nak hari ni. Dia kata boleh juga. Jadi kami membeli sayur-sayur kegemaran kami seperti bendi, peria, terung cili merah dan cili hijau. Tak lupa ayam, ikan tenggiri dan cendawan shitake.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Ita singgah di kedai Cosway untuk membeli jus durian belanda, tetapi rupanya sekarang jus tu dah tak dijual lagi. Sampai ke kereta, start kereta ..enjin tak hidup..aduhs!! bateri habis rupanya. Terpaksalah Ita minta adik Ita yang kebetulan oncall kelmarin dan baru balik dari hospital pagi ni.. untuk datang ambil suami dan ke kedai bateri. Rupanya kereta yang di start button baterinya lebih mahal dari kereta yang di start menggunakan kunci .. apa nak dikata kan?

Lalu lunch kami hari ni agak lambatlah dari biasa. Sampai di rumah dah masuk waktu zohor. Siap hidangan yong tau fu kul 2.30 petang. Namun kami dapat menikmatinya dengan lapar sekali. Sedap dan mengeyangkan..

Jom Ita kongsikan resepinya ya..


sediakan sayur-sayur kegemaran anda dulu ya..

YONG TAU FU

Bahan-bahannya:
2 biji peria
1 biji terung
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
6 biji kacang bendi

Intinya:

400 gm isi ayam
1 keping ikan tenggiri masin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun sup -hiris
4 kuntum cendawan shitake

bahan sos:

 l liter air
3 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar gula
1 tangkai daun bawang-hiris

cara-caranya:

Potong peria dan buang isinya.


Terung dipotong bulat dan dibelah tak putus.


Cendawan shitake dipotong dan masukkan ke dalam pencincang. Ita guna turbo chopper tupperware..


Cincang halus ya..


Masukkan isi ayam ke dalam Fusion master..dan kisar halus.
Kali pertama masukkan ayam sahaja. Kali kedua masukkan ayam dan ikan tenggiri dan daun bawang.


Masukkan garam, lada hitam, serbuk lada putih, tepung jagung dan cendawan cincang.


Isikan ke dalam sayur-sayuran.


Gorengkan sekejap dan angkat. Ketepikan.

Okey.. sekarang kita buat sos pulak.

Mula-mula sekali, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan air. 

Bila mendidih masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula. Kacau.

Masukkan daun bawang dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

Kacau hingga pekat.

Masukkan sayuran yang telah digoreng tadi. Mulakan dengan sayur yang keras dahulu seperti kacang bendi dan peria. Sayur yang lembut-lembut tu masukkan kemudian sekali. Tutup periuk sekejap.

Bila dah agak lembut tu, angkat dan hidangkan.  Curah sedikit lebihan sos tadi.

Enak juga dihidangkan bersama sos Thai.


Selamat mencuba..


Assalamualaikum..

semuga menjadi manafaat kepada yang memerlukan.