Monday, 1 February 2016

CUCUR PISANG

CUCUR PISANG AKA CEKODOK..



Assalamualaikum.. selamat pagi.. alhamdulillah bersua kembali di alam maya.., hehehe..bukan alam mimpi ya..


Pagi ni, macam biasa Ita akan goreng nasi buat pengemar nasi goreng dalam rumah ni, namun oleh kerana lebihan nasi malam tadi tak berapa nak banyak, jadi Ita buatkan cucur pisang sebagai tambahan kalau nanti ada yang rasa tak kenyang. Dapat mengenyangkan anak-anak dan suami adalah satu kegembiraan buat Ita. Biar mereka memulakan tugas harian mereka dengan kenyang dan happy. Itu lah kepuasaan kita..

Bagi yang nak berkongsikan cucur pisang Ita pagi ini silakan ya..
Ita berbesar hati jika ada yang sudi mencuba cucur pisang yang digemari Ita, anak-anak dan suami ini. Memiliki anak-anak, adik dan suami yang tidak cerewet tentang makanan amat memudahkan tugas Ita untuk menyediakan hidangan. 

Okey jom kita kongsikan resepinya:

CUCUR PISANG (CEKODOK)

Bahan-bahannya:

5 biji pisang berangan-lecek hancur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
6 sudu besar gula
1/4 cawan susu segar
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya:

  1. Pisang dilecek hancur.
  2. Masukkan gula dan kacau rata.
  3. Masukkan telur dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati. 
  5. Masukkan susu segar dan kacau.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga cucur masak.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Hidang bersama tej 'O' panas. Woow!! sedap..
Okey.. jangan tak cuba, memang terangkat kalau ada yang angkat tau.. 

Assalamualaikum..