ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

KUNJUNGAN TEMAN LAMA..



Assalamualaikum.. salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Dah minum petang? Belum.. minum petang sangat menjadi rutin buat Ita dan keluarga. 

Namun kali ini, Ita bukan nak bercerita tentang hidangan petang tetapi Ita mahu kongsikan cerita semalam. Bilamana Ita mendapat kunjungan teman sekolah, teman asrama Ita pada tahun 1986. Tak tahu kenapa, Ita merasakan tersangat gembira sekali bila teman Ita yang tinggal di Sentul, Kuala Lumpur sudi menjenguk Ita di Kota Bharu. Lebih gembira lagi bukan setakat dia, malah satu lagi teman Ita yang tinggal di Pantai Cahaya Bulan turut berkunjung bersama keluarganya.



Ita masak ringkas-ringkas sebagai hidangan makan malam kami. Keterujaan bertemu mereka membuatkan kami terlupa sekejap kepada suami masing-masing. hehehehe.. terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Bertemu setelah anak-anak sudah besar. masing-masing telah mempunyai anak bujang dan anak dara dah.

Tak tersedar hari sudah lewat malam, keasyikan bercerita menjadikan masa terasa begitu singkat sekali. Namun perancangan Allah kita memang tak dapat menjangkakan. Siapa sangka, kami dapat berjumpa kembali. kami bercerita dengan penuh kegembiraan sambil menikmati hidangan makan malam kami yang Ita sedia kan dengan sederhana sekali.


Menu makan malam yang Ita sedia kan cuma nasi putih, kari kambing, ayam goreng berempah, daging masak halia, siakap kukus, acar mentah, sayur goreng chinese style, strawberry tat, cream puff, makaroni bakar, serikaya labu dan jus calamansi. Paling melucukan bila kek carrot walnut cheese terlupa dihidangkan. Bila kawan-kawan Ita dah balik, baru perasan kek lupa dihidangkan..

Namun Ita berharap, ia nya dapat mengembirakan kawan-kawan Ita yang sudi bertandang ke rumah. Semuga juga silatulrahim ini dapat berkekalan hingga ke akhirnya.

Comments

Popular Posts