KEK MARBLE

RINDU NAK BAKING.. BAKING SIMPLE2 JER..






Assalamualaikum... selamat petang ya.. semuga sahabat-sahabat Ita sentiasa dalam rahmat Nya. Semuga sihat sentiasa, diberi rezeki yang mencukupi dan kesihatan yang baik.


Alhamdulillah..bertemu lagi kita di petang ini. Diharapkan ianya memberi menafaat buat sahabat sekelian. Manafaat dari segi ilmu yang Ita kongsikan atau manafaat silatulrahim sesama kita. Kerana tetamu yang menjengah dapur maya Ita ni tak semestinya untuk memasak malah ada yang sekadar menyapa atau bertandang untuk mengetahui berita sesama rakan. Apapun terima kasih kerana sudi singgah didapur Ita yang serba kekurangan ini. Namun Ita bersyukur jika ini rezeki Allah buat Ita.. Alhamdulillah...


Lama Ita tak berbaking rasanya, perasaan jer kut.. Pada hal baru jer berbaking kek kahwin tempuhari. Ramai jugak saudara mara Ita yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin sempena cuti hari raya cina yang panjang tempuhari.  Tapi tu berbaking untuk orang lain tau! Maksud Ita lama tak berbaking ni, adalah untuk Ita dan keluarga. Lama juga terasa membuat kek untuk makan Ita anak beranak.., tapi hasrat nak membuat kek ni Ita pendam kan ajer kerana kesuntukan masa. 

Bila di rumah seperti sekarang, banyak juga tugas yang harus dilaksanakan. Terasa lebih sibuk dari sebelum ni. Kalau dulu, dah rasa tak cukup masa. Pulang dari pejabat kerja rumah kena langsaikan juga. Tapi bila berada di rumah seperti sekarang terasa lagi tak cukup masa. Ada je tugas-tugas rumah yang harus dibereskan. Agaknya bila dah tua-tua macam ni.. kita pun tak punya tenaga yang kuat seperti 20 tahun dulu.. kecergasan sudah terbatas.. aaaahhh..!! dah tua rupanya aku..^-^

ooh.. dah panjang pulak cerita Ita kali ini. Jom lah Ita ceritakan tentang baking Ita hari ini. Ita memilih untuk membuat marble cake. sebab.., ianya mudah dan cepat.. Boleh lah nanti buat hidangan petang untuk anak-anak, adik dan suami Ita. 

Jom Itakongsikannya ya:

Bahan-bahannya:

250 gm mentega
100 gm susu pekat manis
250 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air
1 sudu besar mocha pes
5 biji telur
200 gm gula halus
1 sudu besar ovellet

cara-caranya:

  1. Panaskan oven.
  2. sediakan loyang  empat segi 7" X 7" dan alas dengan kertas minyak. Sapu mentega pada keliling bahagian dalam loyang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk, putar mentega dan susu pekat manis hingga kembang. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk lain masukkan telur, gula, ovellete, gandum dan air.
  5. Putar hingga kembang.
  6. Kemudian masukkan adunan yangmentega ke dalam nya dan putar rata.
  7. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar kosong dan satu bahagian lagi dimasukkan mocha pes dan serbuk koko. Kaup balik hingga rata.
  8. Curahkan 1/3 bahagian adunan kosong ke dalam loyang dan kemudian curahkan adunan mocha satu 1/3 adunan.
  9. Ulangi hingga habis adunan.
  10. Lorekkan dengan lidi hingga rata.
  11. Bakar dengan suhu 170C selama 1 jam.
  12. Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum anda menikmatinya bersama teh "o" panas bersama orang tersayang.

Waahh!! sedap sangat. Sampai tergolek-golek.. memang soft sangat. Cuba ya ..nanti kempunan pulak.. bye..

Assalamaualaikum.. selamat mencuba


Ruzita Idias Ismail
Kota Bharu
Feb 22nd  2016

Comments

Popular Posts