KELAS TAJWID

PENYESALAN YANG TAK BERPENGHUJUNG....











 Assalamualaikum... salam sejahtera dan selamat pagi buat pengunjung blog Ita yang Ita hormati. Semuga anda sentiasa dalam rahmat Nya. ermm.. dah berapa hari tak update blog ya.. terasa sedikit sibuk dengan penghidupan baru Ita kini. Kalau dulu Ita sibuk dengan tugas Ita sebagai pekerja bank yang memaksa Ita untuk komited dengan tugas dan pada masa yang sama tugas Ita sebagai ibu haruslah juga dilunaskan. 


Namun bila di rumah seperti sekarang, sibuknya tetap juga sibuk tetapi Ita ada sedikit masa untuk Ita penuhi dengan sedikit amalan akhirat dengan menimba ilmu agama. Alhamdulillah, bila Allah beri Ita sakit, Dia mahu Ita mengingati Nya. Kalau sebelum ini kerja yang sibuk memanjang menjadikan masa yang Ita ada sedikit hanya cukup untuk merehatkan diri, menguruskan anak-anak dan melakukan tugas rumah. Itu pun sekadar yang wajib sahaja. yang lain-lain tu terpaksa Ita abaikan dan dilunaskan pada hari minggu sahaja.












Tetapi sekarang Ita sudah boleh menghadiri kelas al quran. Belajar tajwib. Ita syukor sangat-sangat. Hasrat ini sudah terpendam agak lama. Ita mahu khatam quran berkali-kali jika boleh. Dah bila Allah kabulkan doa dan hasrat Ita ini, sukanya tidak terperi. Memang terlalu lama dah Ita menunggu saat ini. Dalam tempuh itu, Ita cuba mencari guru al quran untuk belajar. Rupanya guru alquran memang ramai yang mengajar dari rumah ke rumah tetapi semua sudah penuh dan yang ada pun hari bekerja. Jadi Ita terasa sedikit sedih. Sedangkan hanya hujung minggu sahaja Ita ada sedikit masa terluang.

Bila Ita menghadiri kelas ini, Ita terasa menyesal sangat sebab sebelum Ita tak belajar pun tajwib. Ita cuma baca alquran sahaja tanpa mengetahui tajwib nya. sedikit kekesalan menghantui diri. Kalaulah Ita belajar 10-15 tahun dahulu, tentu dah cantik bacaan alquran Ita sekarang. Namun Ita akur, semua itu ketentuan Nya. Sebagai memujuk hati Ita tanamkan dalam minda Ita, aku masih belum terlambat. Walaupun orang lain sudah menikmati kemanisannya, Ita akan sampai juga sebab Ita sudah mula melangkah mengekori mereka yang terdahulu berbanding jika Ita cuma berdiam diri tanpa usaha.^-^.


Kini.., alhamdulillah.. Allah memakbulkan doa Ita. Tiga hari seminggu belajar al quran dan satu hari seminggu belajar Tajwib. Seawal 8.30 pagi ustazah yang sebaya Ita dah memulakan kelas. Seusai solat dhuha, Ita dah boleh memulakan proses pembelajaran. Paling Ita suka, ramai teman-teman sekelas ni.. mak cik-mak cik dan kakak kakak yang dah pencen dan mereka penuhi masa mereka dengan memperbaiki bacaan al quran. Namun ramai juga yang sebaya dengan Ita dan lebih muda dari Ita. Di sini Ita boleh bergaul dari pelbagai usia menjadikan pergaulan kita lebih menarik.

Alhamdulillah juga, mereka ini semuanya baik-baik. Nama nya pun nak pergi belajar al quran, tentu tentu lah orang-orang yang baik-baik kerana mereka pergi menuntut ilmu ke jalan Allah. Kesyukuran lebih berganda bilamana, kami masih boleh berkenalan dengan lebih mendalam bila hari kelas tajwib kerana pada hari kelas tajwib, mereka akan bergilir-gilir pula mengadakan kelas tajwib di rumah murid-murid. Dan dari sini kami akan kenal rumah-rumah kalangan di antara kami. Ini memudahkan kami melawat atau menziarah jika ada keperluan seperti menziarah kawan kami yang sakit atau menghadiri majlis atau kenduri kerana kami sudah mengenali rumah kawan-kawan kami.

Pada hari kelas tajwib ini juga, kami akan membawa makanan masing-masing dan kami berparty lah selepas kelas tajwib. Masa ini lah kami dapat bertanya khabar dengan lebih rapat berbanding pada hari kelas. 

Untuk kali ini, kak ma, salah seorang ahli kelas tajwib yang memberi peluang untuk membuat kelas tajwib di rumahnya. Terima kasih buat kak ma kerana masakan yang enak-enak, sedap teramat. serikaya labu menjadi keterujaan buat Ita. Memang sedap sangat. Untuk kali ini Ita membuat cream puff sebagai ole-ole untuk jamuan ini. Kepada yang lain tak lupa Ita nak ucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua silaturahim kita lebih erat. Kepada yang lain terima kasih banyak-banyak ya.. 

Semuga persahabatan ini akan kekal tanpa akhirnya..


Comments

Popular Posts