KUIH LAPIS

KUIH LAPIS YANG SEDAP DENGAN RASA LEMAK LEMAK SANTAN..



Assalamualaikum.. apa khabar semua.. selamat petang. . Semuga semua nya dalam rahmat Allah sentiasa. 

Petang ini Ita just nak sharekan resepi kuih lapis. Nak mempercepatkan tempoh memasaknya, Ita kukus dalam bekas yang kecil-kecil supaya cepat masak. Ita bukannya rajin sangat nak menunggu lama-lama. Banyak perkara yang ada dalam minda Ita. Setiap kali memasak kuih, Ita selalu teringatkan kepada yang tiada. Menjadikan Ita terus bersyukur dengan rezeki-rezeki yang Ita perolehi setiap hari. Tak mahu pembaziran kerana bagi yang tiada, tiada langsung makanan yang hendak dimakan oleh mereka. Pernah tak kawan-kawan bayangan?

Ita bersyukur sangat dengan apa yang Ita ada. Dengan apa yang Ita perolehi dan dengan rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah. Walaupun tak kaya, ia nya cukup untuk keluarga kami yang kecil ini. Tidak menyusahkan orang lain sudah memadai bagi Ita. Punyai keluarga yang sempurna juga adalah satu rezeki pada Ita. Dan Ita memang teramat bersyukur.

Okey..jom Ita kongsikan resepinya.

KUIH LAPIS

80 gm tepung beras
70 gm tepung ubi 
15 gm gandum
300 ml santan
1/2 sk garam
150 gm gula halus
pewarna hijau dan pink

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Campurkan tepung beras, tepung ubi, gandum, garam dan gula halus. Kacau rata.
  3. Masukkan santan dan kacau rata hingga gula larut.
  4. Tapiskan dan bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian, dibiarkan berwarna putih, satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna merah dan satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna pink.
  5. Susunkan acuan ke dalam kukusan.
  6. Masukkan satu sudu warna pink ke dalam setiap acuan dan kukus selama 1 minit.
  7. Balut tudung kukusan dengan kain supaya air wap tidak menitik ke atas kuih.
  8. Kemudian masukkan sesudu lagi warna pink dan kukus lagi selama seminit.
  9. Ulang langkah ini dan masukkan adunan secara berselang seli mengikut warna yang di kehendaki hingga habis.
  10. bila masukkan adunan yang terakhir, kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  11. Angkat dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
  12. sedia di hidangkan.
Sehingga jumpa lagi dan selamat mencuba ya..

Assalamualaikum..

Comments