Wednesday, 3 February 2016

NASI GORENG LOBAK MERAH

HIDANGAN YANG TAK PERNAH JEMU..




Assalamualaikum.. selamat pagi.

Salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Nya. Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk bernafas dibumi ciptaan Nya ini. Masih boleh bersama-sama dengan insan-insan tersayang.

Nak tahu Ita masak apa pagi ini? Ita masih diminta oleh anak-anak untuk menyediakan menu nasi goreng. Tapi hari ni.. Ita letak banyak-banyak lobak merah. Gandingannya jugak tetap cucur pisang kegemaran Ita.

Jom Ita kongsikan resepi nasi goreng yang terlajak senang ni.

NASI GORENG

Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar nasi goreng ( nasi yang dimasak dari 2 cwn beras)
1 ikat sawi
1/2 cawan ikan bilis
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1/2 biji lobak merah -disagak
minyak untuk menumis

bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga layu.
  3. Masukkan garam, kiub pati ayam dan kacau.
  4. Masukkan ikan bilis, kacau dan biar sekejap hingga bilis masak.
  5. Masukkan sawi yang telah dicuci dan dipotong. Kacau rata.
  6. Masukkan telur dan kacau cepat supaya telur hancur.
  7. Masukan nasi dan gaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan lobak merah dan kacau.
  9. Sesuaikan rasa.
Okey. senang sangat kan.. Tu lah, kalau masak sendiri pun bukannya lama sangat. sekejap jer. Nak2 kalau bawa ke pejabat. Lunch nanti mesti berselera makannya.

Bye.. Assalamualaikum..