Thursday, 4 February 2016

PERIA GORENG DAGING KAMBING

DAGING KAMBING LEBIHAN BUAT KARI..



Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Apa khabar hari ini? Harapan Ita semuga semuanya dalamlindungan dan rahmat Allah. Alhamdulillah.. masih boleh menyebut kalimah Allah dan bernafas dengan penuh kesyukuran. Masih diberi kesihatan yang baik dan masih boleh melakukkan apa yang kita mahukan.

Pagi ini Ita cuma nak kongsikan satu resepi hidangan kami malam tadi. Ita masak peria goreng bersama daging kambing. Dua hari lepas Ita masak kari kambing dan ada sedikit daging kambing lebihan dibuat kari. Niat asalnya Ita nak goreng bersama nasi, seperti Ita maklumkan.. dapur Ita memang selalu sangat masak nasi goreng. Hampir setiap hari!

Peria goreng ni Ita gandingkan dengan kari ayam. Pada anak-anak, mereka kurang mengemarilah peria ni sebab ia rasa kelat-kelat pahit gitu. Orang kelantan kata "kelat dehhe". Namun apapun, Ita pasti ramai juga yang gemarkan peria., kalau tak.., takkan peria berlambak-lambak kat pasar kan??

Jom Ita kongsikan resepinya ya..

PERIA GORENG DAGING KAMBING

Bahan-bahannya:
1 biji peria
3 ulas bawang putih}hiris
3 biji bawang merah}
1 biji cili merah
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
200 gm daging kambing-potong kecil
1/2 senduk kecil minyak masak

Cara-caranya:

  1. Peria dihiris dan di rendam air garam 30 minit. Cuci dan toskan. 
  2. Rebus daging hingga empuk. angkat, tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  4. Masukkan peria dan kacau rata.
  5. Masukkkan garam, gula, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan kiub pati ayam. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan daging kambing dan cili merah dan kacau rata.
  7. Sesuaikan rasa. 
  8. Hidang bersama nasi putih dan lauk lain.
Okey dah siap peria goreng kita. Jom cuba..

Assalamualaikum..