RENDANG AYAM DAN PULUT KUNING

RENDANG AYAM GANDINGAN BERSAMA PULUT KUNING..




Assalamualaikum... sangat-sangat Ita maklum.. suami sangat gemarkan pulut berbanding dengan Ita. Kalau dulu, Ita cuma makan pulut bersama kelapa parut dan ikan kering sahaja sebagai sarapan pagi yang disedia ma (ibu) Ita.

Tapi kini.., setelah bersama suami selama 24 tahun.., Ita mula menyukai pulut setelah terlalu kerap Ita masak kan aneka hidangan pulut kegemaran suami. Pulut pagi, pulut kacang, wajik, pulut mangga, pengat pulut, pulut panggang, pulut kelapa, pulut manis, pulut kunyit bersama kari atau rendang.. semuanya dah Ita buatkan untuk dia. Terlalu kerap membuat hidangan pulut menjadikan lama kelamaan Ita menyukai nya. Ita tak pasti samada Ita suka sebab Ita selalu buatkan untuk suami atau selera Ita berubah mengikut peredaran usia yang semakin senja..hehehe.. tak terjawab persoalan itu.

Tapi betullah kan.. tiap makanan itu ada memorinya, ada ceritanya buat kita.. begitu juga dengan Ita..

Petang ini Ita nak suprise kan hubby dengan pulut kuning kegemarannya bersama rendang ayam. Haa,, yang ni,.. Ita memang tau sangat dia memang suka sangat. Begitu juga dengan dua anak perempuan Ita. Dua beradik ni pun sukakan rendang ayam. Jadi, sebelum mereka memulai sesi persekolahan tak lama lagi, Ita mahukan mereka makan sedap-sedap dan makan puas-puas.. 



Jom Ita kongsikan resepinya ya.

RENDANG AYAM

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam-sederhana besar-cuci dan potong kecil
350 ml santan pekat
1 keping asam gelugor
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1/3 kiub pati ayam
1 helai daun kunyit-hiris
2 sudu besar cili kisar

bahan kisar:
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
500 ml air

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
  2. guna api sederhana.
  3. Masukkan santan, cili kisar, garam, gula, asam gelugor, kiub pati ayam dan kerisik. Kacau rata.
  4. Masukkan ayam dan kacau rata perlahan-lahan hingga pekat.
  5. Masukkan daun kunyit dan kacau hingga hampir kering.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Hidang bersama pulut kuning.

PULUT KUNING

Bahan-bahannya:

2 cawan pulut kuning
2 sudu besar pewarna kuning
secubit garam
air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Beras pulut dicuci dan rendam bersama garam dan pewarna semalaman.
  2. Masukkan ke dalam kukusan yang lubang nya kecil.
  3. Kukus hingga masak.
sepatutnya boleh disiramkan dengan air kelapa bila pulut separuh masak supaya pulut lebih lembut. Tapi kerana Ita tidak mempunyai stok air kelapa di rumah dan sedikit malas untuk keluar membeli kelapa. Jadi, Ita kukus sahaja lah. Semuga usaha Ita untuk menyenangkan hati suami dan anak-anak mendapat keberkatan Nya.

Selamat mencuba dan assalamualaikum..


Comments

Popular Posts