TRESEK

TRESEK JANTUNG PISANG.. MASAKAN MA.., YANG ITA TAK PERNAH LUPA..




Assalamualaikum..


Dulu-dulu selalu tolong ma kat dapur. Bukan sebab rajin tapi sebab kena suruh. Tak buat takut kena marah. Nak tak nak, kita buat jugak. Kita tak sedar pun yang mak kita suruh tu sebab nak bagi kita belajar. Belajar masak! Free jer.. tak payah bayar macam sekarang. Nak belajar berguru mana ada free kan. Lain lah kalau tengok kat internet. Tu pun kalau ada resepi yang kita nak. Kadang tu, kalau setakat yang taip jer, ada jugak yang tak faham kan. Itu pun, kalau ada internet.. kalau time nak kan resepi internet pulak slow.. lagilah tension jiwa raga.

Sesetengah resepi kena juga ada cikgunya. Otak tak berapa nak pic-up.. lagi la kan. Hurmm.. 

Sekarang baru Ita faham. Belajar dengan mak berulang-ulang kali. Dah la tak kena bayar, ilmu yang kita dapat memahirkan lagi sebab bila pandai, dah boleh buat sendiri. Bila kahwin, pandai jer masak untuk suami. Suami pun puashati dengan masakan kita sebab kita belajar sejak kecil. Bila kecil tu, tengok jer dulu yang mak ajar. Tolong-tolong kupas-kupas bawang jer, perhatikan jer. Bila besar sikit mak suruh kacau-kacau jer supaya santan tak berketul. Dah jadi anak dara tu.. mak dah boleh lepas tangan. Kita dah bijak dah nak buat sendiri nak anggarkan bahan-bahannya.

Dan sekarang, suami makan ..puashati, kita pun senang hati sebab dia tak komplen..hihihi.. lainlah kalau sesetengah tu dapat mak mertua yang cerewet kan. Semua kita buat, tak berkenan dimatanya. Walaupun makanan kita bawa ke pejabat, kawan-kawan kita siap order lagi, tanda kita buat tu dah okey..boleh pulak mak mertua kita kata tak sedap.. aa.. tu tandanya ada something wrong somewhere.. hihihi.. Sabarlah kawan.., dugaan kecil jer tu.. Sedih mendengar rintihan kawan.., namun berdoalah semuga dipermudahkan..

Jangan ambil hati dan jangan peduli sangat. Fikirkan yang baik-baik jer. Jangan sampai kita stress memikirkan small matter macam tu. Ingat ya kawan-kawan.. hidup di dunia ni sementara aje.. Buatlah sesuatu yang baik-baik. Jika pernah kita buat kesilapan... kita ubah. In Sha Allah, Allah akan lorongkan kita ke jalan yang benar.

Buat yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan tu, kesabaran itu penting. Ingat ya adik-adik.., proses belajar ni memang banyak cabarannya.  Yang penting usaha tanpa jemu ya., In Sha Allah adik-adik akan berjaya menyediakan hidangan yang terhebat buat insan-insan tersayang.. Jangan peduli dengan kritikan yang diterima. Itu cuma permulaan proses untuk menjadi yang terbaik!

Resepi hari ni yang Ita nak share kan ni, Tresek jantung pisang. Resepi ni, Ita tengok mak Ita buat dari Ita kecik-kecik lagi. Jadi, bahan-bahannya dah memang dalam kepala dah. Ada jer jantung pisang kat pokok, mak memang akan buat tresek jantung pisang ni, kalau tak..,  celur aje lah..cicah dengan budu.

Jom Ita kongsikan resepinya ya.

TRESEK JANTUNG PISANG

Bahan--bahannya:
1 biji jantung pisang
200 ayam-potong kecil
3 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 biji cili merah-hiris
2 sudu besar rempah kari-bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar gula
1/2 cawan santan pekat
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Hiris jantung pisang dan rendam di dalam air garam selama 30 minit.
  2. Perah dan buang airnya. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  4. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Biarkan sekejap.
  5. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Biar hingga terbit minyak.
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. Perlahankan api dan biar hingga ayam masak.
  7. Masukkan garam, gula, cili kisar, asam gelugor dan santan.
  8. Bila mendidih, masukkan jantung pisang dan kacau perlahan-lahan hingga jantung pisang layu.
  9. Sesuaikan rasa.
  10. Hidang bersama nasi putih.
Okey.. dah siap hidangan tengahari kita. Jom makan!

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts