BUBUR NASI

BUBUR NASI AYAM UNTUK DIA...



Assalamualaikum... Apa khabar semua..semuga semuanya sentiasa dalam lindungan Allah snt. Ita rasa lama betul tak ke udara ya. Rindu sangat dah dengan teman-teman dan adik-adik semua.. bukan tak cukup masa tapi terasa tiada semangat dengan keadaan kondisi diri yang tak berapa nak stabil.  Tambahan pula dengan keadaan suami yang tak berapa sihat menjadikan Ita terasa tak bersemangat jer nak menaip. Tapi masak tetap masak.. Cukup masa, makanan tetap terhidang macam biasa je di atas meja makan.. tak de yang kebuluran pun hehehe... tapi tu lah semangat nak menaip ni je..entah kemana.

Tetapi sehari dua ni Ita asyik masak makanan untuk orang sakit jer kerana suami baru jer keluar wad. Suami Ita mendapat penyakit batu karang ni memang sudah lama., tetapi kami tak sangka rupanya ada batu karang yang lama sudah besar dan perlu dibuang segera. Jika sebelum ini, jika sakit,  suami akan ke klinik, dan diberi ubat. sekembali ke rumah,. dia makan, selepas itu batu karang akan keluar melalui kencing. Dan sakitnya akan hilang. Begitulah keadaannya bila setiap kali dia sakit di bahagian pinggangnya. 

Namun sakit yang berpanjangan ini telah menyebabkan doktor meminta kami merujuk kepada bahagian pakar. Ita lantas membawa suami ke hospital pakar perdana (KPJ) Kota Bharu. Doktor telah membuat MRI dan memdapati batu karang telah besar. 2 hari berikutnya suami Ita di masukkan ke bilik bedah untuk proses me laser kan batu karangnya itu.

Tinggal suami Ita di hospital. Kalau sebelum ni dia yang selalu menjaga anak-anak dan Ita di hospital. Tapi kali ini, dia pula yang dimasukkan ke wad. Bila pulang ke rumah, Ita tak tahu nak masak apa untuk dia. Dah lama tak makan makanan orang yang berpantang ni.. Anak bongsu Ita dah pun berusia 11 tahun. Dah lama sangat. Habis fikir nak bagi apa makanan yang berpantang. Ya lah.. sebelum pulang dari hospital tempuhari, khidmat nasihat dari pakar pemakanan telah memberi penerangan mengenai pemakanan. Apa yang memeningkan Ita, banyak makanan yang tak boleh dimakan. contohnya suami Ita hanya boleh makan sebiji kuning telur seminggu. tidak boleh makan makanan laut yang berwarna hitam.  Sayur pulak, bayam, tak boleh..banyak sangat itu ini yang tak bolehnya. Habis nak masak apa!! Nampaknya suami Ita dah hilang nikmat makannya yang sebelum ini semua benda dia nak bedal..hihihhi..

Lama berfikir Ita terlintas nak masak bubur nasi untuk dia. Tapi Ita masak simple jer la. Sebab banyak sangat makanan yang tidak boleh dimakan. Maka, masakannya pun jadi terhad. Malangnya satu periuk yang Ita masak, bukan orang sakit makan banyak tapi orang segar pulak berselera dengan bubur nasi yang Ita buat. Sekejap jer satu periuk bubur dah licin.

Jom Ita kongsikan bubur nasi yang telah Ita buat beberapa hari lepas.

BUBUR NASI 

300 gm ayam-cincang kecil
2 cawan beras
2 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
air Ita letak penuh periuk (jgn risau..)

cara-caranya:

  1. Cuci beras bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan  air hingga penuh periuk. Jangan risau ya..air banyak tak pe..
  3. Masukkan ayam, garam dan kiub pati ayam.
  4. Gunakan api perlahan dan masak hingga nasi hancur dan pekat.
  5. Boleh tambah perisa lain jika suka seperti lada hitam, lada sulah.
  6. Hidang bersama lauk dan sayur lain.
Ita hidang bersama sambal daging dan taburan bawang goreng.
selamat mencuba..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts