AKU TANPA BUNGA..

TAK LENGKAP RASANYA KALAU HIDUP TANPA BUNGA..



 Assalamualaikum.. selamat tengahari.. Dah siap masak ke belum? Pada yang mahukan rehat awal sikit tentu dah masak kan?

Ita pagi ni bersarapan dengan mihun goreng sahaja. Kebetulan Adam, si kacak Ita tu..sukakan mihun goreng.. jadi Ita tunaikan seleranya pagi ini. Masak mihun tak susah, sekejap jer dah siap. Suka dan gembira teramat jika dapat melihat anak-anak makan, makanan kegemaran mereka.

Namun hari ni, tak mahu Ita bercerita tentang makanan. Ita bawa kawan-kawan semua pusing halaman rumah Ita ya. Rumah yang tak berapa nak besar tapi selesa lah buat kami sekeluarga dan tak penat untuk Ita menjaga dan membersihkannya. Biasanya tugas dalam rumah akan Ita buat dan dibantu oleh anak-anak.

Manakala dibahagian luar rumah, biasanya hubby yang buat. Ita tak banyak berjalan di halaman rumah kecuali waktu pagi sekejap untuk tengok-tengokkan bunga-bunga Ita dihalaman. Tugas menyiram selalunya dibantu oleh anak-anak kerana Ita mengalami masalah utuk berjalan jauh dan berdiri lama.  Kerap terjatuh menjadikan suami tidak mengizinkan Ita berada di luar rumah tanpa dia atau anak-anak. Jadi masa terluang Ita , Ita penuhi dengan membaca. Satu hobi yang tak pernah Ita jemu adalah membaca.

Jika sesebuah buku resepi Ita siap, Ita tak mengambil masa yang lama untuk berehat, selalunya seminggu.., paling lama pun dua minggu sahaja untuk Ita berehat. Masa ni lah, Ita akan plan dengan hubby untuk bercuti.

Okey u-turn semula ya...cerita asal.. 


Ita memang sangat suka menanam bunga. Antara kegemaran adalah ros, selalu nya ros Ita akan tanam ikut musim, kadang tu kalau musim kemarau rose Ita akan meragam. So, untuk sekarang Ita stopkan dulu sekejap.  Ita tumpukan pada pokok puding, bunga raya dan orkid. Orkid pada Ita, sangat senang nak membelanya, namun kos nya sedikit mahal. Dengan pokok nya kadang-kadang mencecah ratusan ringgit, baja nya pun istimewa sikit dan kena sembur sekali. Namun bunganya tahan lama dan teramat cantik molek. Ita tanam bersebelahan bilik Ita dan di depan pintu dapur. Tujuannya bila Ita nak masak, Ita boleh tengok bunga Ita. Tak perlu nak tanam lebih-lebih kat halaman sebab susah nak nampak kerana kebanyakan masa Ita didapur. Didapur pulak siap dengan komputer sekali Ita letak supaya mudah nak update masakan Ita. Itu cara Ita. Ia lah pergerakan terbatas menjadikan semua barang kena berada dekat2 Ita jer..hehehe.. Create sesuatu yang memberi kegembiraan dan menyenangkan kita. Ita jenis yang sangat simple dan tidak suka memikirkan perkara-perkara yang remeh dan Ita kurang peduli dengan kata-kata orang.

Seperti kata prof Dr Muhaya : kita tak perlu takut pada apa kata orang, tetapi yang kita patut takut adalah pandangan Allah.Selagi kita memikirkan apa orang kata, selagi itulah kita tidak akan ke mana-mana. Sebab tiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan kita tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua orang. Lazimnya pada pandangan orang, apa-apa saja yang kita buat semua tak kena, dan hal ini jika terlalu fikir sangat membuat kita patah semangat. 

Jadi renung-renungkan kata-kata prof itu ya..


Okey.. hingga jumpa lagi.. segarkan mata anda dengan bunga-bunga Ita ya.. Doa Ita semuga kita semua sentiasa dalam rahmat Nya dan sentiasa bersyukur kerana kita sudah banyak menikmati pemberiannya yang tidak terhitung.

Assalamualaikum...

Comments