BELBAT KELEDEK

BELBAT KELEDEK YANG ENAK UNTUK DI KONGSIKAN...



ASSALAMUALAIKUM... salam sejahtera, semuga teman-teman dan adik-adik serta tetamu dapur maya Ita ini sentiasa dalam rahmat Nya.

Pagi ini Ita just nak share kan resepi belebak keledek yang Ita muatkan dalam buku kuih kukus terbaru Ita. Didalam buku ini diterangkan langkah demi langkah untuk memudahkan pembaca memahaminya.

Hidangan kuih lama memang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Namun jangan mengambarkan di fikiran anda bahawa kuih muih lama susah hendak di buat kerana banyak bahan semulajadi yang ada dipersekitaran yang digunakan. Jangan terasa agak memayahkan kepada yang tinggal dirumah flat untuk mendapatkan bahan mentah. Tak susah,.. percaya lah, bahan-bahannya amat senang untuk didapati. Ia tidak tertakluk kepada warga kampung sahaja yang mudah untuk mendapatkan bahan mentah.

Semasa pengambaran buku ini, Ita berada di Putrajaya, Persint 11. Mulanya Ita membawa bahan mentah dari Kota Bharu kerana menjangkakan kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan mentah seperti daun pisang dan ubi kayu serta keledek. Namun, sangkaan Ita meleset sangat kerana di sana lagi banyak terdapat bahan-bahan yang Ita gunakan ini. Malah, lebih banyak pilihan dan banyak jugak, resepi yang Ita tukar memandangkan keterujaan untuk membuat kuih-muih dalam minda melimpah ruah..idea nya.

Jom Ita kongsikan resepinya:

BELBAT KELEDEK

Bahan-bahan:

1 biji keledek ungu- potong memanjang
1 biji keledek oren- potong memanjang
1 cawan santan pekat
2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung pulut
1 cawan air
secubit garam
daun pisang secukupnya-dilayur terlebih dahulu


cara-caranya:

  1. keledek yang dibersih dan dipotong, direbus hingga empuk. angkat dan toskan.
  2. Satukan santan, tepung beras, tepung pulut dan air. Kacau hingga sebati.
  3. Panaskan di dalam periuk dan masak hingga pekat.
  4. Masukkan keledek rebus tadi dan angkat.
  5. Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 2 sudu adunan dan lipat seperti tepung bungkus tetapi biar isinya namapk di tengah-tengah daun pisang.
  6. Cara lipatnya adalah seperti membungkus lepat ubi.
  7. Susun dalam loyang dan kukus hingga masak.

Waala... sedapnya mak.. Memang sedap, rasa lemak-lemak santan dan keledek nya.. Memang tak sangguplah nak hulur kat jiran. Rasa nak habiskan semua sekali. Tak mahu pandang kiri dan kanan.. kikiiki.. mana boleh macam tu kan.. Makan sorang-sorang  mati busuk tau!!




Comments