Sunday, 10 April 2016

BUBUR BILIS BERSAMA AYAM

MASAK RINGKAS-RINGKAS YA NAK.. UMI SIBUK..




Assalamualaikum.. selamat petang ya,... apa aktiviti hari ni. Masak? makan kat luar?.. tak kisahlah kat mana-mana pun..janji dapat makan dan bersyukur kepada Allah dengan rezeki Nya hari ni.. Ada orang rezekinya dengan KFC, ada orang rezeki nya kat hotel .. ada pula dapat undangan teman-teman.. ermm..kita pulak makan bubur ayam jer..

Ita sangat sibuk menyiapkan buku terbaru Ita yang sepatutnya dah siap awal, tapi lantaran Ita di masukkan ke wad beberapa hari lepas, maka ia terhenti seketika. Keluar wad terus jer..meluru ke komputer untuk edit gambar dan update resepi. Ita mahu siapkan cepat-cepat supaya janji-janji Ita tertunai dengan penerbit. hehehe..

Untuk hari ni, Ita masak ringkas sangat, sekadar memenuhi perut anak-anak Ita yang pulang awal dari sekolah. Adam memutuskan tak mahu ke kelas fardu ain hari ini. Ita tak mahu memaksanya kerana mungkin dia penat kerana semalam dia ke Kuala Terengganu bersama adik Ita dan ma Ita. Mereka sekadar pergi berjalan-jalan dan melihat masjid kristal sambil makan angin di bandar Terengganu. Lebih kurang 2 -2 1/2 jam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dengan kenderaan yang sedikit sibuk dihujung minggu.

Okey, jom Ita kongsikan bubur bilis bersama ayam yang Ita masak tengahari ni.

BUBUR BILIS BERSAMA AYAM

Bahan-bahannya:

2 cawan beras-cuci bersih
3 liter air
1 biji kentang-potong dadu
1/2 biji lobak merah-potong dadu
300 gm ayam-cincang halus
1/3 cawan ikan bilis
3 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 kiub pati ayam-jika suka


Cara-caranya:

  1. Masukkan beras, ayam, bawang merah, bawang putih ke dalam periuk dan masak hingga beras empuk.
  2. Masukkan ikan bilis, garam, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, kiub pati ayam, lobak merah dan kentang.
  3. Masak hingga pekat. Jika pekat nasi masih keras boleh tambah air lagi.
  4. Sesuaikan rasa. Hidang bersama lauk lain jika suka. 
Lebih sedap jika dihidang bersama telur itik masin yang di rebus dan ikan tenggiri masin yang di goreng. Oleh kerana dua bahan tu tak ada dalam stok Ita, jadi Ita masak dan campak mana yang ada lah ya.. 

Seronok kan masak di dapur sendiri. Nak letak apa, ikut suka hati, janji jangan sampai membazir ya. Membazir amalan syaitan tau..!!

Okey jangan lupa buku terbaru Ita nanti ya.

Assalamualaikum..