Friday, 1 April 2016

DAGING GORENG KACANG PANJANG

LAUK HIDANGAN MAKAN MALAM KAMI...




Assalamualaikum...

selamat malam dan salam sejahtera buat semuanya.

Dah lama Ita tak update blog. Macam-macam sebab Ita tak mengupdatekan blog Ita ni,. Sibuk, tak berapa nak rajin..takde idea.. macam-macam lah. hehehe.. Dua minggu lama nya ya.. 

Hari ni, baru lah tergerak hati nak updatekan story hari ni. Kami takde lah masak yang special.., biasa-biasa aje.. antara hidangan lauk kami hari ni adalah daging goreng bersama kacang panjang.. selain tu ulam-ulam. Kebetulan adik Ita balik dari kampung dan ma Ita kirimkan nangka muda yang telah siap di celur. Sedap bila di cicah dengan budu. hehehe..



Jom, Ita kongsikan resepinya ya..

DAGING GORENG KACANG PANJANG

Bahan-bahannya:

1 ikat kacang panjang-potong
500 gm daging-hiris 
3 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-potong bulat
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pati ayam
1 bili cili merah-hiris
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Cuci daging dan masukkan ke dalam kuali. 
  2. Gaulkan dengan garam dan masak dengan api perlahan hingga empuk.
  3. Bila daging masak dan airnya telah kering masukkan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan pati ayam dan kacau rata.
  5. Masukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata.
  6. Sesuaikan rasa. Hidang bersama nasi putih.
Enak dihidangkan bersama  nasi panas. Okey..bye..
Assalamualaikum..

Jangan lupa dapatkan buku terbaru Ita ya . KUIH KUKUS yang sudah berada di pasaran.