GULAI IKAN KERING BERSAMA BELIMBING BULUH

GULAI IKAN KERING FOVOURITE HUBBY.. ORDER JER..KITA BUAT.. HUBBY CAKAP JER NAK MAKAN APA YA.. TAKPE..KITA USAHAKAN..



Assalamualaikum.. salam sejahtera ya. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan Allah snt.

Ya.. Ita memang suka layan, selera hubby. Dah kita tak banyak kerja sangat selain menulis..kita layan jugak selera dia. Kadang tu.., naik kematu jugak punggung Ita bila berada di atas kerusi lama-lama. Jadi untuk bagi badan bergerak-gerak sikit kita buat lah exercise dengan memenuhi selera hubby dan anak-anak. Biarlah tak keluar peluh pun, asalkan ada sedikit pergerakan sudah cukup memadai. 

Nak bergerak banyak, dah tak mampu. Buat yang semampu mungkin aje lah. Bila Allah tarik sedikit nikmat kita, baru kita tahu betapa berharganya nikmat yang beri secara percuma selama ini. Kan..?? 

Sebetulnya Ita baru jer keluar hospital untuk di dianogsis oleh doktor. Kali ini Ita memilih HUSM, melalui usains. Sementara, masih ada benefit ni.. Ita nak berubat puas-puas hati. Nanti kalau tak sembuh pun, Ita akan berpuashati kerana Ita dah ikhtiarkan sepuashati Ita dan Ita tak mahu menyesal di kemudian hari. Yang selebihnya, Ita berserah kepada Allah. Sesungguhnya perancangan Allah adalah terbaik buat Ita. Alhamdulillah.

Okey u-turn balik ke resepi kita ya.. kali ini mahu memastikan insan tersayang Ita memenuhi seleranya untuk makan gulai ikan kering bersama belimbing buluh. Aduhs!! memang sedap tak terkata.


Jom kita lihat  resepinya  ya.. semuga menjadi pendoman dan manafaat kepada adik-adik dan kawan-kawan semua ya. 

GULAI IKAN KERING BERSAMA BELIMBING BULUH

Bahan-bahannya:

200 gm ikan kering-potong ikut suka
10 biji buah belimbing -cuci bersih
1 biji cili merah
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
100 ml santan kotak
400 ml air

bahan kisar:
1 inci lengkuas
3 biji cili kering-buang biji rendam air panas sekejap
3 ulas bawang merah
2 inci kunyit


cara-caranya:

  1. masukkan bahan kisar ke dalam periuk
  2. Masukkan air dan ikan kering.
  3. Bila mendidih, masukkan santan, garam, gula dan belimbing buluh.
  4. Sesuaikan rasa. Masukkan cili merah.
  5. Hidang bersama nasi putih dan lauk lain.
Okey, dah siap lauk untuk makan tengahari kita ya.. 
selamat mencuba dan assalamualaikum..


Comments

Popular Posts