KEK OREN PISANG

BAKING FOR PERFECTION..



Assalamualaikum..


Dah lama tak baking kek ni.. Dok ralit membuat biskut jer semenjak dua menjak ni. Sampai tengok orang pos kek, terasa meleleh air liur.., punya lah kepingin nya nak makan kek. Tapi Ita macam biasa lah, bukan terasa nak pergi ke kedai dan beli pun. 

Kepuasan memakan kek sendiri lebih mencapai selera berbanding dengan kek yang dibeli. Bukan nak cakap kek Ita sedap sangat sampai tiada tolok bandingan. tapi, Ita nak cakapnya..dah memang kita terbiasa serasi dengan kek sendiri. Begitu jugak dengan anak-anak. Kalau nak makan kek bukan mereka akan mintak umi nya belikan tetapi meminta uminya buatkan..hehehee... Bukan apa, sebenarnya itulah yang dikatakan air tangan ibu kan. Buat dengan penuh kasih sayang untuk anak-anak, dengan seikhlas hati.. hasilnya.. anak akan sentiasa ingat maknya jika kepinginkan sesuatu makanan kegemarannya.

Doa Ita semuga Ita dipanjang umur agar dapat menikmati hari-hari tua bersama anak-anak dan cucu nanti.. hurmm...

Okey, Ita nak kongsikan resepi kek oren pisang yang Ita buat, yang  masih panas-panas lagi ni.. adoii..sedapnya. Dah lama pisang tak berbuah ni. Ada 4 pokok pisang berangan yang belum berbuah lagi. Kena beli kat pasar dulu sementara waktu ni.. Adam pun sangat sukakan kek pisang. Ita mahukan rasa sedikit masam masam manis, jadi Ita memkombinasikan dua buah ni..

Jom kita tengok resepi nya:

KEK PISANG OREN

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3/4 cawan mentega
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penail
4 biji telur gred A
secubit garam
6 biji pisang berangan
1 sudu besar esen pisang
1 sudu besar parutan kulit oren

Cara-caranya:


  1. Sediakan loyang kek bulat berukuran 7 ". alas kertas minyak dan sapu mentega atau minyak jagung. Ketepikan.
  2. Panaskan ketuhar terlebih dahulu.
  3. Pisang dikisar hancur dan dicampurkan garam dan baking soda. Kacau rata. Ketepikan.
  4. Cairkan mentega dan sejukkan.
  5. Gandum diayak bersama serbuk penaik dan ketepikan.
  6. Pecahkan telur dan kisar bersama gula halus hingga kembang.
  7. Masukkan mentega cair ke dalam adunan telur dan putar rata.
  8. Masukkan pula parutan oren dan esen pisang. Kacau rata.
  9. Masukkan pula pisang dan kacau rata rata dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan gandum sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga rata.
  11. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam dengan suhu 170C.
Tengok gambar kek pisang Ita, lembut dan gebu. Aduhs!! dah meleleh -leleh dah air liur ni. OOPs!! jangan lupa simpan sikit untuk hubby minum petang nanti.

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALIKUM...........


Comments

Popular Posts