KERABU KAKI AYAM

KERABU KAKI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH..



Assalamualaikum.. dan salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab masih berkesempatan untuk menulis dan berkongsikan cerita ya.

Al fatihah sebagai pembuka tirai dihari ini buat ayah bonda tercinta. Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan dosa ibubapa kita. Siapa tak sayang mak ayah kan? Hurmm.. jadi marilah kita hadiahkan mereka dengan al fatihah. Selalu Ita minta anak-anak bacakan alfatihah untuk Ita dan suami setiap pagi. Harapan Ita semuga mereka tak lupa jika Ita terlupa memesankan buat mereka.

Pagi ini Ita tak mahu bercerita panjang-panjang, just nak sharekan satu resepi yang sedap lagi mudah untuk disiapkan iaitu kerabu kaki ayam. Sedari kecil Ita tak sukakan kaki ayam. Mak selalu masukkan ke dalam kari ayam tapi akhir sekali mak jugak yang makan. Masa tinggal dengan mak, mak selalu berjimat dan tak membazir. Sebab itu dia tetap tak buang kaki ayam setiap kali masak menu ayam.

Berbeza dengan kita yang anak-anak ni. Tahunya nak makan sedap jer kan. Tapi bila berumah tangga dan bekerjaya pula. Ita tetap tak menggunakkan kaki ayam bila memasak. Buang terus selepas dibeli dari pasar. Mendengar suami bercerita yang kawan satu office dengannya sangat suka dengan kaki ayam, Ita terasa pelik. Kawan suami Ita ni, kalau ke pasaraya dia akan beli kaki ayam sahaja sampai sekilo. Dia sangat sukakan kaki ayam. Ita terfikir.. eh..ada jugak orang yang macam ni..

Hurmm.. tetapi.. haa.. ada tapi ya.. Bila Ita berpindah ke Kota Bharu mengikuti suami bertugas di Kelantan. Ita mulai melihat kerabu kaki ayam di kedai-kedai makan. Mulanya lihat sahaja, tak makan pun. Mendengar pula kawan satu pejabat bercerita kerabu kaki ayam yang sedap, timbul pula nak mencubanya. Padahal selama ni, tak boleh nak makan pun kaki ayam..hehehehe...

Then, bila dah cuba tu.. jadi ketagih lah pulak.. lama-kelamaan terasa lah nak mebuat sendiri. Maka jadilah kerabu kaki ayam..
Jom Ita kongsikan resepinya. Semuga memberi panduan kepada yang teringin nak membuatnya.

KERABU KAKI AYAM


Bahan-bahannya:
6 batang kaki ayam- potong kecil dan buang tulang dan rebus
2 biji bawang merah-hiris
¼ cawan cuka
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 biji cili padi-hiris bulat
1 tangkai daun ketumbar-hiris
1 kuntum bunga kantan-hiris
1 batang serai –hiris halus

Cara-caranya:

1.     Didalam mangkuk, satukan  bawang merah, cuka, gula, garam dan cili padi.
2.     Kacau hingga gula dan garam larut.
3.     Masukkan serai dan bunga kantan. Gaul.
4.     Masukkan kaki ayam. Gaul rata.

5.     Hidang dalam pinggan dan tabur kan hirisan daun ketumbar.














Comments