KUEWTIAW KERANG

KUEWTIAW KERANG..


Assalamualaikum.. selamat petang. Semuga teman-teman dan adik-adik semua sentiasa dalam lindungan Allah snt.

Alhamdulillah..dapat kita bersua di dapur maya Ita lagi ya. Masak apa petang ini, ke bersantai-santai? Apapun..fikir dan buatlah perkara-perkara yang baik-baik. Jauhi dari memikirkan sesuatu yang tidak bermanafaat. Simpan aib orang lain, In Sha Allah, Allah akan jaga aib kita.

Petang ini Ita just nak kongsikan resepi kuewtiaw goreng sempena ucapan terima kasih Ita buat suami kerana memenuhi impian Ita yang agak sedikit pelik bagi yang bukan pengemar foodstylish kot. Bagi Ita, ianya sangat bernilai kerana Ita memang menyukai bidang photography dan foodstylish.


Permintaan Ita pada suami supaya dia mambuatkan papan yang di cat dengan menampakkan kayu itu lebih classic. Setelah sekian lama permintaan Ita diabaikan, baru semalam sampai serunya untuk membuat papan anganan Ita itu. Hehehe..terima kasih tidak terhingga.

Sebagai tanda terima kasih, Ita sogokkan dia dengan sepinggan kuewtiaw goreng kerang dan semangkuk (sundaeglass) puding honeydew. hehehe..bukan rasuah ya.. Tanda terima kasih..

Jom Ita kongsikan resepi kuewtiaw kerang yang main campak-campak je ni...

KUEWTIAW KERANG

Bahan-bahannya:

1 kilo kuewtiaw
300 gm ayam-potong kecil dan rebus empuk
1 1/2 cawan kerang-cuci bersih
4 keping kobis - potong (jika ada sawi lagi sedap ya..)
1 1/2 cawan taugeh
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 kiub pati ayam
1/3 cawan kicap pekat manis
sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji cili kering
1 cawan air

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan kerang, perlahankan api-biar seketika.
  3. Sambil tu, masukkan garam, gula, kuib pati ayam dan kicap. kacau rata.
  4. Masukkan kobis dan ayam.
  5. Bila agak sedikit pekat, masukkan kuewtiaw dan kacau rata. sesuaikan rasa.
  6. Akhir sekali masukkan taugeh. gaul sebati.

Mudah sajakan..? Alhamdulillah. .jika ini rezeki kami hari ini, kami bersyukur.

Assalamualaikum.

SELAMAT MENCUBA




Comments