KUEWTIAW KERANG

MENU YANG SAMA LAGI...



Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera. Semuga sahabat handai, rakan taulan semuanya dalam keadaan yang sihat sihat belaka ya.

Pagi ni just nak update sikit setelah beberapa hari tidak berupdate, dapur maya Ita ini. Sekian lama dok sibuk dengan buku terbaru 100 RESEPI BISKUT MUDAH DAN SEDAP,  baru hari ini Ita berkesempatan untuk mengupdatekan bolg Ita ini.


Kebetulan pagi ini Ita ada appointment dengan doktor, lalu Ita kurangkan sikit aktiviti pagi. Selalunya dah  start masak tapi hari ni, update blog dulu , takut nanti bersawang pulak kan. Tak pasal-pasal mengundang hantu pulak kan..hehheehe..


Ita masak kuewtiaw kerang lagi pagi ini. bukan apa. kebetulan ada stok kuewtiaw dan kerang, apalagi,.. buat mana yang ada kat peti ais jer lah.. Mana-mana yang nak cuba resepi Ita boleh lah rujuk DISINI ya.


Okey.. sehingga jumpa lagi, harap teman-teman akan doakan Ita ya. Walaupun doktor dah mengesahkan Ita tak akan sembuh, harapan Ita agar ianya tidak semakin teruk. 


Assalamualaikum..

Comments