MATI ITU PASTI..

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPINYA...



Assalamualaikum... selamat pagi dan salam sejahtera. Hajat hati nak sudahkan projek membuat biskut raya pada pagi ini. Tetapi bila mendapat perkhabaran yang bapa sauadara Ita telah pulang ke rahmatullah. Ita membatalkan hasrat Ita dan berkunjung ke rumah mak cik yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah Ita.

Bapa saudara Ita ni adalah suami kepada makcik Ita iaitu, adik perempuan kepada ayah Ita. Umurnya 60-an. Semasa hayatnya, dia seorang yang sangat berbudi bahasa dan baik dengan semua orang. Ita tak pernah dengar keburukannya. Melainkan yang baik-baik sahaja. Beliau ada seorang guru pencen. Selepas beberapa tahun beliau pencen, dia menghidap kencing manis, selepas itu di serang stroke dan buah pinggang. 

Sedari kecil Ita agak rapat juga sebab Ita selalu ke rumah mak cik setiap cuti sekolah. Sehingga lah Ita dewasa dan bekerja dan tinggal di Kota Bharu menjadikan Ita selalu bertandang ke rumahnya. Kadang pulang dari kerja, Ita dijemput makan malam di rumahnya. memang, mak cik dan pak cik Ita seorang yang baik sangat.

Namun sedikit kekesalan bersarang dalam hati Ita kerana selepas Ita sakit, pergerakan Ita terbatas menjadikan Ita jarang ke rumahnya. Semasa di hospital, Ita tidak berkesempatan untuk melawatnya kerana Ita tak mampu untuk berjalan jauh melawatnya di wad.

Kematiannya memberi banyak pengajaran buat Ita. Memikirkan yang suatu masa nanti Ita juga akan dijemput ke sana. Ita mula berfikir tentang hubungan sesama manusia.  Dia amat menjaga hubungan dengan saudara mara. In Sha Allah, jika kita menjaga hubungan sesama manusia, Allah akan permudahkan cara kita mati nanti seperti pak cik Ita ini.

Jangan ada hasad dengki, buruk sangka, tak pedulikan hubungan dalam ahli keluarga, bangga diri, saling membenci sesama sendiri,.. itu semuanya adalah akhlak yang buruk. Baikilah hubungan ketika masih ada hayat.  In Sha Allah.. hidup kita akan selamat.

Semuga kita sentiasa mengingati Nya.

Comments

Popular Posts