NASI GORENG BELACAN

REZEKI PAGI KHAMIS..



Assalamualaikum... selamat pagi semua. Ramai yang dah breakfast rasanya. Kerana sebentar lagi nak masuk pejabatkan? Hurmm.. jangan lupa breakfast ya.. walau tak sempat macam mana pun, makan lah walau sekeping roti agar pagi ini kita  memulakan tugas dengan perut tidak kosong. Panjang lagi masa nak tunggu waktu rehat atau makan malam. Kalau tak sempat breakfast, nanti tak boleh tumpukan pada kerja.

Sebab itu, Ita akan sentiasa memastikan hubby ke tempat kerja dengan perut kenyang supaya dia dapat memulakan tugasnya dengan baik dan tenang. Lain lah kalau time dia merajuk, tak boleh nak cakap apa dah..bagi apa-apa pun dah tak layan..hehehehe... Siapa rugi? dia lah kan...kehkehkeh...^-^.

Pagi ini Ita sediakan sarapan nasi goreng buat anak-anak dan suami. Nasi goreng yang sentiasa menjadi kesukaan anak-anak Ita. Ita akan masak lebih-lebih kerana Avien suka membawa bekal ke sekolah. Malah suami juga. Kesibukan suami bertambah dengan cuaca yang panas menjadikan dia ingin membawa bekal setiap hari. Tak perlu nak keluar pejabat untuk makan tengahari.

Jom Ita kongsikan resepi nya ya.

NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahannya:

2 cawan beras-dimasak menjadi nasi
1 ikat kangkung
2 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
1/2 senduk kecil minyak masak
200 gm ayam-potong kecil dan rebus hingga empuk

bahan tumbuk:

4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 inci belacan

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan kangkung dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan ayam, garam, kiub pati ayam dan kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau hingga rata.
  5. Sesuaikan rasa.

Ita selalunya akan siapkan bahan-bahan lebih awal untuk mengelakkan kelam kabut di waktu pagi. Selalunya bawang merah dan bawang putih Ita akan kupas banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Begitu juga dengan cili kering. Ita akan potong dan cuci dan rebus, kisar banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Ia lah, masa amat berharga bagi Ita. Terasa sehari 24 jam tak cukup jer masa kan. Banyak perkara yang harus dibuat tapi tak sempat nak buat. Jadi kita kena pandai bahagikan masa.

Okey, semuga perkongsian ini akan memberi manafaat kepada teman-teman dan adik-adik semua.

Jangan lupa buku terbaru Ita nanti ya.. 500 JUADAH PILIHAN KELUARGA. kalau nak buat pre order boleh whatapp ke 017 976 5626. Harganya RM59.90. Pelbagai hidangan harian yang Ita kongsikan dalam buku terbaru Ita itu nanti.

Okey.. ASSALAMUALAIKUM.


Comments

Popular Posts