NASI GORENG UDANG GERAGAU

NASI GORENG YANG MARVELLOUS..




Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung blog dapur maya Ita kali ini. Semuga anda semua dalam rahmat Nya selalu. Alhamdulillah..kita masih lagi dapat menikmati rahmat dan rezeki lagi.

Teringat Ita akan kisah seorang kanak-kanak darjah satu yang mati di patuk ular semalam. Sekolah kanak-kanak tersebut berhampiran dengan rumah Ita. Dari pandangan Ita kawasan sekolah tersebut tidaklah semak memandangkan sebelah sekolahnya adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu yang kawasannya langsung tidak bersemak. Itu pandangan Ita dari jalan raya utama. Tetapi belakang sekolah tersebut ada perkampungan yang Ita kurang pasti, kawasan tersebut bersemak atau tidak. Sangat memilukan Ita bila berita kematiaannya tersebar dan cara kematiannya yang tidak diduga.

Salam takziah buat keluarganya. Bersabar dan bertabahlah menghadapi ujian Allah ini. Ada ganjaran nanti disebalik dugaan yang berat ini. Ya lah.. menghantar anak ke sekolah di waktu pagi, tiba-tiba anak pulang sudah menjadi jenazah. Betapa sedih dan terkejutnya keluarga. 

Pengajaran yang kita dapat disini, selalu lah menyayangi ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara. Kerana kita tidak tahu bila kita akan berpisah dan tidak akan berjumpa lagi. Sebab itu, Ita sentiasa ingin memenuhi kehendak teman-teman dan saudara mara selagi termampu kerana kita pasti ingin meninggalkan kenangan yang manis dan ingatan yang baik buat mereka.

ooo..lama pulak perasaan Ita terbawa-bawa dengan cerita kanak-kanak ini. Semuga ia berbahagialah di tempat abadi. Jom.. Ita kongsikan apa yang Ita masak pagi ni.

NASI GORENG UDANG GERAGAU

Bahan-bahannya:

2 mangkuk nasi
3 batang kacang panjang-potong
1/2 biji lobak merah-potong panjang
2 sudu kecil garam
1/3 kiub pati ayam
1/2 cawan udang geragau
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak

bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Tolak ke tepi kuali dan pecahkan telur dan kacau rata dengan cepat supaya telur hancur.
  3. Bila telur hancur dan masak, kacau rata bersama bahan tumis tadi.
  4. Masukkan garam, kiub pati ayam dan udang geragau.
  5. Masukkan pula nasi dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan lobak merah. Kacau.
  7. Sesuaikan rasa. Hidang bersama teh O panas!
Alhamdulillah..kenyang dah kita pagi ni. Bolehlah teruskan tugas-tugas harian dengan tenang tanpa perut menjerit kelaparan!

Assalamualaikum..

Saling lah sayang menyayang antara satu sama lain. In Sha Allah.. ada bahagian kita di tempat abadi nanti..



Comments

Popular Posts