SAMBAL UDANG PETAI

KEPINGIN NAK MAKAN SAMBAL UDANG PETAI..



Assalamualaikum.. selamat malam. Dah rehat-rehatkan diri ya. ?
Rehat-rahatkan diri, ringankan bibir untuk berzikir ya.. Dari bercakap yang bukan-bukan lebih baik basahkan bibir kita dengan zikir-zikir. Ita akui.. Ita dulu memang kurang berzikir, mungkin tiada pendedahan tentang manafaat dan pahala berzikir, menjadikan Ita kurang berzikir dulu.

Pendedahan melalui media terutama perkongsian melalui FB baca menceritakan tentang manafaat dan ingatan untuk kita berzikir. Jadi, kalau mana yang belum lagi tu. Bolehlah mulakan sekarang. Jadikan ianya suatu amalan atau rutin harian kita ketika kita berkesempatan walau dimana kita berada.

Malam ni Ita nak kongsikan menu dinner Ita sebentar tadi. Ita masak ringkas-ringkas jer malam ni ya kawan-kawan. Ita tak mempunyai masa yang banyak untuk berada di dapur lantaran beberapa tugas yang Ita harus selesaikan. Jadi, Ita mengambil keputusan untuk masak ringkas-ringkas jer., iaitu sambal udang petai. Lama terasa nak makan tapi tak sempat nak ke pasar mencari udang dan petai. Kebetulan anak perempuan mahu mengambil adik dari sekolah petang tadi, Ita meminta dia membeli udang. Ita gandingkan dengan ulam pucuk ketereh cicah budu dan kari ayam.

Jom..Ita kongsikan.

SAMBAL PETAI UDANG

Bahan-bahannya:

400 gm udang -buang kulit dan cuci
1 keping asam gelugor
1/3 cawan santan
1 biji bawang besar-potong bulat
1 biji tomato-potong baji
1 biji cili merah-hiris
1 senduk minyak masak
1/2 kiub pati ayam
garam dan gula secukupnya

bahan kisar:

8 biji cili kering
1 biji bawang besar
]2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan asam keping, garam, gula, kiub pati ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan pula udang dan kacau sebentar.
  4. Masukkan santan dan kacau rata hingga pekat dan terbit minyak.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan tomato. kacau rata.
  6. Sesuaikan rasa.


Okey.. dah siap.

Selamat Mencuba.. ASSALAMUALAIKUM..

Comments

Popular Posts