Sunday, 24 April 2016

SANDWICH TELUR

SANDWICH KESUKAAN ANAK LELAKI ITA..


Assalamualaikum.. selamat pagi. Salam sejahtera buat semuanya ya.

Terima kasih kerana sudi bertandang ke dapur maya Ita kali ini. Beberapa hari ni,  kesihatan Ita tak berapa nak baik. Jadi Ita kurangkan aktiviti memasak. Namun yang wajib tetap dilaksanakan.

Tidak mengapa lah, bila kesihatan diri kurang menarik, Ita just duduk-duduk saja rehat sambil baca-baca buku. Ita memang suka sangat baca buku. Semakin membaca semakin terasa kita ni kurang berilmu. Terkadang tu, rasa menyesal bila tak membaca banyak sedari awal. Kerana dulu Ita hanya suka baca buku buku novel sahaja. Sehinggakan setiap bulan Ita menghabiskan dari RM100-RM200 untuk membeli novel dan majalah.

Berbanding kini, mungkin faktor usia, Ita sedikit beralih arah kepada buku buku berbentuk motivasi, keagamaan dan pengetahuan seperti photography, grafik dan seni jahitan. Keadaan ini menjadikan Ita terasa juga sibuk berbanding semasa berada di pejabat dahulu. Kadang tu hingga membawa ke malam. Sedangkan waktu Ita kerja dulu, habis waktu kerja, balik rumah terus rehat.

oo..ya. Ita just nak kongsikan resepi sandwich yag ringkas. Bolehlah untuk sarapan pagi atau untuk bekal ke pejabat. Kalau Ita dulu, memang suka membawa bekal ke pejabat. Ita tak suka keluar waktu rehat yang panas terik.

Jom Ita kongsikan resepinya.

2 biji telur-rebus masak
2 biji bawang merah-cincang halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/3 sudu kecil seruk lada hitam
1 sudu kecil garam
2 keping daun salad-hiris
2 sudu besar mentega
1 biji cili merah-cincang halus
1/2 biji tomato-potong bulat
mayonis secukupnya
roti secukupnya

cara-caranya:

  1. Roti dipotong kulitnya dan potong dua.
  2. Sapu mentega pada roti-ketepikan.
  3. Telur dilecek hancur.
  4. Masukkan bawang merah, garam, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan kacau rata.
  5. Masukkan cili merah dan kacau rata.
  6. Letakkan ke atas roti, letak pula daun salad dan tomato.
  7. Picit mayonis ke atasnya.
  8. Ambil sekeping lagi roti dan tutup bahagian atas atau tangkupkan.
  9. sedia dinikmati.

Sarapan yang ringkas serta cepat. Seronok bila kita berada di dapur ni sebab, kita bebas berkarya mengikut kemahuan dan selera kita.

Selamat mencuba.

ASSALAMUALAIKUM..