Tuesday, 3 May 2016

BROWNIES KEDUT

SEDAP HINGGA MENJILAT JARI...



Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera buat semuanya. Alhamdulillah..masih bertemu kembali dengan penuh kesyukuran diatas segala nikmat dan pemberian Nya yang tiada ternilai.

Pagi ini Ita cuma nak kongsikan brownies kedut yang  sudah banyak dikongsikan oleh teman-teman di blog mereka. Ita dah lama jugak berangan nak membuatnya tetapi kesuntukan masa membataskan Ita untuk merealisasikannya.

Namun alhamdulillah terlaksana juga akhirnya. Jom Ita kongsikan pula dengan kawan-kawan semua.

BROWNIES KEDUT

Bahan-bahannya:

350 gm coklat masakan 
150 gm mentega
120 gm gula perang
120 gm gula halus
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
35 gm serbuk koko
100 gm tepung naik sendiri

Cara-caranya:

  1. Cairkan coklat dengan mentega dengan kaedah double boiler. Ketepikan.
  2. Satukan telur, gula halus, gula perang dan esen vanila, kacau rata dengan menggunakan whisk.
  3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan coklat. Kacau rata.
  4. Dalam mangkuk lain satukan serbuk koko dengan tepung naik sendiri.
  5. Masukan campuran tepung gandum ke dalam adunan telur dan kacau rata.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang dialas kertas minyak dan sapukan mentega.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu 160C.
  8. Bila masak, tutup suis oven, rengangkan pintu oven sedikit dan biarkan 15 minit di dalam oven sebelum di keluarkan.
  9. Biar sejuk dahulu sebelum di potong.
Selamat mencuba, boleh dihidangkan untuk minum petang atau dihidangkan untuk tetamu yang datang bertandang.

Assalamualaikum.