Sunday, 22 May 2016

BUKU RESEPI

BUKU RESEPI ITA

Assalamualaikum... selawat dan salam buat junjungan besar kita nabi Muhamad s.a.w. Berbangga dan berbahagia kerana dilahirkan sebagai umatnya. 


Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana diberi nafas lagi untuk menikmati setiap ciptaan Nya. Harungi lah setiap cubaan hidup sebagai dugaan yang Allah beri untuk menguatkan lagi rasa cinta kita kepada Nya. Sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan selalu merasakan yang setiap perancangan Nya adalah yang terbaik buat kita.

Pagi ini, Ita tidak mahu berkongsi resepi sebalik nya , Ita mahu berkongsi sedikit cerita Ita. Ita telah menyiapkan 6 buah buku resepi untuk di kongsikan dengan anda semua. 4 buah buku resepi Ita telah pun berada di pasaran dan 2 buah lagi masih dalam proses untuk di cetak.  Setiap kali Ita membuat buku baru, Ita cuba menambahbaikan supaya resepi-resepi yang terhasil menjadi lebih baik.

Berikut  adalah buku-buku Ita yang telah berada di pasaran.


JUADAH RAMADAN 
SEM.MALAYSIA RM29
SABAH/SERAWAK RM32

Buku ini mempunyai 100 jenis juadah yang Ita pilih sebagai pedoman untuk bulan puasa. Makanan yang biasa di masak pada bulan puasa. Namun, jika bukan bulan puasa pun ia tetap boleh digunakan. Ia mengandungi 6 bab iaitu, Air, Puding & Kuih, Ala Carte, Aneka Nasi, Lauk Pauk dan Sayur & Sambal. Setiap resepi adalah mudah, ringkas dan menjimatkan masa untuk memasak.


JOM... AYAM
SEM.MALAYSIA RM15
SABAH/SERAWAK RM18

Buku ini mengandungi 38 resepi yang berasaskan ayam. Ditunjukkan dengan langkah demi langkah, memudahkan pembaca untuk memahaminya. Pelbagai masakan ayam yang enak untuk disediakan buat orang-orang tersayang. Antaranya adalah Asam pedas ayam, ayam kari hijau, ayam kapitan, ayam gulai bersama labu, sambal ayam nenas, ayam percik dan banyak lagi. Tentu sahaja akan memberi cadangan kepada pembaca untuk menyediakan menu ayam buat hidangan keluarga.


KUIH KUKUS
SEM.MALAYSIA RM26
SABAH/SERAWAK RM29

Kuih Kukus tradisional hingga ke moden masih menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya sangat mudah untuk dicuba. Anda pasti akan terpegun dengan keenakan kuih kukus yang dikukus dan dimakan sejurus di keluarkan dari kukusan. Rasanya yang enak dan gebu tentu saja menjadikan hari anda lebih bermakna..hehehehe..



500 JUADAH PILIHAN KELUARGA
SEM.MALAYSIA RM59.90
SABAH/SERAWAK RM64.90

Lengkap!! Itu lah yang mampu Ita katakan buat pembaca. Buku ini sungguh memberi kesempurnaan buat anda yang baru belajar memasak atau yang mahukan kelainan dalam masakan. Buku ini Ita sediakan dengan mengambil masa yang agak lama kerana Ita tunjukkan dengan langkah demi langkah. Sangat berbaloi baloi dengan harga pun sangat berpatutan.


Jika menjadi kesukaran untuk mendapatkan buku-buku ini anda boleh whatapp Ita di talian:

017 976 5626 

In Sha Allah, Ita akan poskan untuk anda.

Okey..bye..
Selamat memasak..