Saturday, 21 May 2016

HARI MINGGU YANG SIBUK..

KENAPA LA.. SEMUA ORANG SIBUK JER HARI NI.. HARI NI KAN HARI MINGGU...

 


Assalamualaikum...

Semuga semuanya dalam rahmat Allah sentiasa. Waah!! Hujung minggu.. seronokkan. Bagi yang bercuti hujung minggu tentu seronok kerana dapat berkumpul seluruh keluarga. Makan-makan, jalan-jalan, rehat-rehat, nonton wayang, shopping-shopping.. aduu..suka kan..

Tapi rasa pelik pulak hari ni, kat rumah Ita.. Semua orang ada aktiviti sendiri. Hubby tetap ke pejabat kerana tugas nya yang tak pernah nak habis. Avien pulak ada kelas tuisyen. Adam dengan games nya..

Nampaknya, hujung minggu ni, Ita keseorangan lagi.. Tak pe-tak pe..kita akan cuba menyebukkan diri. Kita pun banyak jugak progaram nak buat. Macam-macam boleh buatkan.. masak sedap-sedap, ambil gambar cantik-cantik dan kita kongsikan resepinya.

Pagi ini Ita masakkan nasi goreng untuk anak-anak dan suami Ita. Ita juga buatkan pizza tuna bercili. Anak-anak sukakan pizza. Jadi rasa bersalah kalau tak dapat memenuhi keinginan anak-anak Ita. Alhamdulillah, Ita masih mampu memenuhi citarasa anak-anak. Risau jugak kalau bila tak sihat,  tak dapat nak buat hidangan yang memenuhi selera anak-anak dan suami. Ita bersyukur kerana, mempunyai masa, kebolehan dan keinginan untuk menyediakan hidangan buat orang-orang yang Ita sayang.


Resepi pizza dah Ita kongsikan minggu lepas. Boleh rujuk kat SINI cuma daging tu Ita tukarkan dengan tuna bercili. Kita boleh mempelbagaikan variasi mengikut citarasa kita. Kalau nak letak ayam cincang pun boleh jugak. Takdok masaloh.. Ikut slero deh..

Okey, hingga jumpa lagi..selamat berhujung minggu ya..teman-teman dan adik-adik.

Assalamualaikum.