KEK CHIFFON KEJU

KEK CHIFFON YANG LEMBUT BERKEJU...



Assalamualaikum.. selamat pagi kepada kawan-kawan dan adik-adik semua. 

Memenuhi keinginan anak-anak adalah suatu kegembiraan buat ibu. Seperti orang lain, Ita seboleh-bolehnya mahu memenuhi keinginan anak-anak Ita selagi termampu. Tiada balasan dan harapan agar mereka berbuat demikian kepada Ita nanti. Namun, melihat anak gembira mendapat setiap keinginannya adalah suatu kegembiraan juga buat Ita.

Tetapi, tidak bermaksud setiap keinginannya akan Ita penuhi. Jika ia berlawanan dengan kehendak aturan kita, macam mana harus kita laksanakan. Di sini , lah peranan kita untuk memberi penjelasan kepada mereka.

Yang Ita maksudkan disini adalah, selera dan hidangan yang mereka mahukan dan mencapai selera mereka. Sebolehnya, Ita akan laksanakan. Tak mahu menyekat selera makan anak-anak, jadi Ita akan sedaya upaya memenuhi keinginan meraka.

Adam anak lelaki Ita, lebih sukakan western food. Jadi Ita selalu masakkan dia makanan ala western tambah lagi adik lelaki Ita yang lama tinggal di Australia, juga sukakan makanan barat. Jadi, Adam ada gu dengan selera yang sama dengannya. 

Eh ehe.. tahu tak? Apa makna gu itu? Hehehehe.. gu bermaksud kawan/teman.. hihihihihi..

Tak mahu panjangkan celoteh .., jom Ita kongsikan kek kegemaran Adam ini.  Adam amat gemarkan kek, makanan santainya. Jadi hari ini Ita sediakan Chiffon Cheese Cake untuk Adam. Rasa lemak masin cheese adalah yang sedap sekali menambahkan keenakkan kek chiffon.

CHIFFON CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:

110 gm tepung gandum
90 ml susu segar
5 biji kuning telur
100 gm cream cheese
60 gm mentega
2 sudu besar jus oren
5 biji putih telur
1/2 sudu kecil cream of tartar
120 gm gula halus

Cara-cara:

  1. Panaskan oven dan sediakan loyang kek chiffon saiz 8" dan di alas dengan kertas minyak serta di sapu mentega.
  2. Dalam mangkuk, campurkan susu segar, mentega, kuning telur, cream cheese dan jus oren. 
  3. Gaul rata dengan guna whisk.
  4. Masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga likat.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga berbuih.
  6. Masukkan gula halus setengah adunan. putar lagi.
  7. Akhir  sekali masukkan cream of tartar dan baki gula.
  8. Putar hingga hingga bertanduk.
  9. Masukkan setengah adunan putih telur ke dalam adunan gandum dan kaup balik dengan spatula.
  10. Akhir sekali masukkan baki telur putih dan kaup balik hingga adunan rata.
  11. Masukkan adunan ke dalam loyang kek chiffon dan bakar selama 1 jam dengan suhu 160C. (tertakluk kepada suhu oven masing-masing ya..)
Okey..hingga jumpa lagi. Doa Ita semuga anda semua dalam rahmat Allah sentiasa.

ASSALAMUALAIKUM.


Comments

Popular Posts