Saturday, 14 May 2016

MEE SIPUT SEMPOI

MEE SIPUT SEMPOI...CEPAT DAN RINGKAS..


Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera buat semua yang sudi berkunjung ke dapur maya Ita. Dah beberapa hari jugak Ita tak mengupdate blog Ita ni. Bukan sibuk sangat tetapi rasa malas yang memanjang jer. Dah, pergi layan pulak rasa malas tu..lagi lah bertambah-tambah kemalasannya. hehehehe..

Pagi ini Ita just nak kongsikan mee siput yang masih berbaki dalam kabinet dapur. Kadang kala, kita harus mengupdate jugak barang-barang dalam kabinet dapur, takut ada yang dah expired kan. Kalau belum expired lagi, alhamdulillah.. sempat buat. Kalau dah expired tu..membazir pulak rasanya. Nak guna dah tak boleh, terpaksalah sedekah kat tong sampah dengan paksa relanya. hehehe..

Okey jom Ita kongsikan resepinya.

MEE SIPUT SEMPOI

Bahan-bahannya:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
100 gm sotong merah-potong kecil
2 keping kobis cina-potong
1 keping fish cake
1 keping mee simpul
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
½ kiub pati ayam
1 sudu besar kicap pekat manis

Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan sotong, perlahankan api. Biar sotong empuk sekejap.
  4. Masukkan air, garam, kiub pati ayam dan kicap. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur dan kacau rata.
  6. Masukkan mee simpul, perlahankan api dan tutup kuali. Biar hingga mee lembut.
  7. Masukkan fish cake dan kacau rata.
  8. Sedia dihidangkan..

Okey dah siap mee goreng kita ya. Boleh anda cuba ketika tidak mempunyai masa yang banyak didapur.

Assalamualaikum..