Monday, 2 May 2016

PIZZA DAGING CHEESE

PIZZA BREAKFAST UNTUK ADAM PERMATA HATI...



Assalamualaikum.. selamat pagi. Dah rehat ke .. tentu baru hilang penat dengan tugas pagi ni ya. Sediakan breakfast untuk anak-anak dan suami, cuci pakaian, cuci rumah, siram tanaman di halaman.. ermm lagi apa? Banyak kan,.. kadang tu bila kerja yang tak pernah nak habis, buat kita rasa tidak sedar masa berlalu. Tengok jam dah pun pukul 12 tengahari kan?? Nak pulak start masak untuk lunch anak-anak pulang dari sekolah.

Kalau anak tak pulang, sibuk pulak nak menghantar makanan untuk anak  di sekolah kan.. Sibuk, penat, letih... semuanya teradun dalam satu mangkuk tugas dan tanggungjawab. Kan?? Kalau suami faham dan simpati tak apalah. Kalau yang tak faham dan tak nak faham, jadi penyakit lain pulak. Tinggallah kita memedam rasa di sudut hati yang lara...hehehehehe... Sabar ya.. Tiap pekerjaan yang baik, ganjaran pahala yang tidak terhitung.. Sepatutnya, kita tak perlu nak fikir lebih-lebih, mungkin kita juga tak memahaminya dengan mendalam. Jadi, lebihkan muhasabah diri..


Pagi ni, Ita nak sharekan resepi yang Ita sediakan untuk anak-anak Ita sebelum mereka ke sekolah. Pizza yang Ita buat ni, Ita gunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais Ita jer. Ita sengaja tak letak capsicum dan tomato sebab Adam tak suka, jadi Ita letak bahan-bahan yang dia suka jer..


PIZZA DAGING CHEESE

Bahan-bahannya:

2 keping roti pizza
100 gm cheese-diparut
6 batang sosej -dihiris

bahan daging:

300 gm daging kisar
1 biji bawang besar-cincang
2 ulas bawang putih-cincang
1/3 sudu kecil serbuk lada putih
1/3 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 sudu kecil oregano
1 sudu besar serbuk kari
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar minyak masak

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan garam, kiub pati ayam dan kacau hingga bawang layu.
  3. Masukkan daging kisar. Taburkan serbuk kari dan kacau rata.
  4. Biar daging masak dengan api perlahan.
  5. Kacau dan masukkan serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
  6. Angkat dan ketepikan.
  7. Ambil sekeping roti pizza, letakkan hirisan sosej ayam.
  8. Taburkan dengan bahan inti.
  9. Bakar dengan suhu 200C selama 5 minit.
  10. Keluarkan, taburkan cheese parut dan bakar 5 minit lagi atau hingga masak.
  11. Potong ketika masih panas dan hidangkan bersama minuman panas!!

Okey hingga jumpa lagi dan SELAMAT MNCUBA..

ASSALAMUALAIKUM..