Monday, 23 May 2016

SIRA LABU

SIRA LABU LAGI...



Assalamualaikum... selamat pagi semua. Apa khabar mu di sana? hehehe.. nak nyanyi lagu Ramlah Ram lah pulak...kikikiki..


Adoii, pening ambo dok mikir nih.. Permintaan ada, tapi masanya yang tak ada. dah berbulan-bulan dok mikir, nak buat ke tak biskut raya tahun ni. Rancangan awal nak lah rehat-rehat di bulan puasa sebab malam tu nak pergi terawih. Tak nak jadi macam yang sudah-sudah.., siang buat tempahan biskut raya dan malam pulak termengah-mengah nak buat solat terawih. Balik terawih tak dapat buat apa dah, terus nampak katil jer.. seawal jam 4 pagi nak bangun untuk siapkan hidangan sahur pulak. Tu, yang buat tahun ni rasa nak pencen dah buat biskut raya.

Tapi bila kawan2, asyik dok tanya mana sample biskut raya.. Mula lah kita hangin.. hangin nak membuatnya..hahahahaha... bukan apa, bila Ita buat biskut raya, bukan setakat Ita sahaja yang dapat pendapatan, malah dealer-dealer Ita pun sama, mereka juga akan mendapat pendapatan hasil jualan mereka. Dapat duit poket untuk beli, selipar raya buat pergi masjid solat raya. Tu yag jadi ubah fikiran semula tu..

Membuat biskut raya ni, bukan setakat dapat pendapatan sahaja malah kepuasan yang tak dapat dibeli bila customers memberi komen biskut yang kita hasilkan memenuhi citarasa mereka. Lagilah kembang kuncup lubang hidung bila pujian tu melebihi atau ter'over' sikit. Mula lah perasan hebat. hahahahaha...

Eh!! Tapi hari ni bukan nak cerita pasal biskut raya sebenarnya, tapi nak cerita resepi yang telah Ita masak semalam. Tetiba Ita teringatkan ma di kampung. Terasa lama tak menjenguk ma, rindu dengan sira labu air tangan ma. Sedap! Anak-anak yang mempunyai jadual kelas yang padat ditambah dengan kelas-kelas tuisyen menjadikan Ita tak berpeluang nak menjenguk ma di kampung. In Sha Allah, bila anak-anak habis exam minggu ni, Ita akan pulang dan menikmati masakan ma yang sudah sebati dengan jiwa Ita.

Jadi nak hilang rasa rindu tu.. Ita buatlah sira labu. Sira labu ni biasanya akan dihidangkan ketika majlis kenduri. Di Kelantan sira labu ni akan menjadi menu wajib bila ada majlis kenduri. Kecuali yang mengunakan khidmat katering. Jarang katering akan menyediakan menu sira labu kecuali special request.

Jom Ita kongsikan resepinya. Tapi dah kongsikan dulu resepi sira labu tapi boleh jer Ita kongsikan sekali lagi.

SIRA LABU

1 biji labu sederhana 
1 sudu kecil kapur
3 cawan gula
500 ml air
2 helai daun pandan
1 sudu besar bunga cengkih

cara-cara:

  1. labu di kupas dan dipotong.
  2. Rendam dalam air kapur selama 1 jam.
  3. cuci labu dari air kapur tadi. toskan.
  4. masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  5. masak hingga labu masak dan kuah sedikit pekat.
  6. hidang ketika sejuk.

Alhamdulillah, dah siap sira labu. Jemput makan ya..

Assalamualaikum..