SUP DAGING

TERASA LAMA TAK MAKAN SUP DAGING..





Assalamualaikum.. selamat pagi teman-teman semua. Alhamdulillah bersua kembali kita walaupun di alam maya ya.. semuga teman-teman dan adik-adik semua sentiasa dalam rahmat Ilahi. Amiin..

Ita just nak updatekan resepi sup daging yang Ita masak untuk dinner malam tadi. Malam tadi, Ita tak sempat nak updatekan kerana tidur awal dan kepenatan setelah seharian melunaskan satu tanggungjawab yang diberi.

Tak terasa masa berlalu ya.. nak puasa dah tak lama lagi. Teman-teman dan adik-adik dah habis ganti puasa? Puasa bukan di bulan Ramadan sedikit mencabar rasanya. Tambahan lagi di musim panas seperti sekarang. Di Kelantan ni dah lama benar tak hujan. Sehinggakan sungai Golok sempadan Thailand sudah kering. Tak pernah kejadian begini berlaku seingat Ita. Nak ke sempadan just jalan kaki jer..

Panjang pulak cerita Ita pagi ini. Jom Ita kongsikan resepinya ya..

SUP DAGING

Bahan-bahan:
500 gm daging
2 biji kentang-belah empat
1.5 liter air
2 sudu kecil garam
4 biji cili padi -di ketuk
1 sudu besar gula
2 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah sup
2 batang saderi-potong
1 biji tomato-belah 4
1 tangkai daun sup-hiris
1 tangkai daun bawang-hiris
bawang goreng secukupnya
1 senduk kecil minyak masak
1 kiub pati ayam

bahan kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang saderi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah , bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Masukkan air, daging dan kentang.
  3. Masak hingga mendidih. Perlahankan api, biar hingga daging  dan kentang empuk.
  4. Masukkan garam, gula, tomato, cili padi, kiub pati ayam dan kacau rata.
  5. Sesuaikan rasa. 
  6. Akhir sekali masukkan tomato, batang saderi, hirisan daun bawang dan daun sup.
  7. Tabur bawang goreng ketika menghidang.
  8. Hidangkan ketika masih panas!
Waah.. dah siap sup kita, jom makan!!

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts