AYAM BALI

AYAM BALI, SUP TULANG DAN DESERT PUDING LUMUT HIDANGAN IFTAR KAMI YANG KE 5......



Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua yang sudi singgah dapur maya Ita ini. Semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Nya. Keterbatasan waktu menjadikan Ita sedikit lewat mengupdate hidangan berbuka kami. Tambahan mood bulan puasa, letih.. dan faktor usia yang dah senja menjadikan kuasa kelajuan tak berapa nak laju..hehehehe...

Ita nak updatekan hidangan Iftar kami pada hari yang ke 5. Ita masak ayam bali, sup tulang dan desertnya puding lumut. Tapi sayang puding lumut lambat keras ketika Ita mengambil gambar. Dan bila tiba waktu berbuka, Ita tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk untuk menghidangkan makanan. Tambahan pula Ita pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga di kampung. Alhamdulillah..

Dah nama pun bulan puasa kan.. Jadi tak mahu meletihkan diri membuat masakan yang heavy-heavy tau..! Kita pun bukan jenis yang rajin sangat..hahahahaha.. kan dah nampak colour tu..hihihihi.. Tapi kita tak suka beli makanan kat bazar ramadan, sebab kita pun malas nak berhimpit-himpit di tengah orang ramai.. So far, masih boleh lagi lah masak kat rumah. Tak jejak kaki lagi kat bazar ramadan. Harap-harap hingga ke akhir bulan ramadan pun macam tu jugak lah.

Disamping boleh berjimat, dapat menyediakan makanan sendiri kat keluarga, suatu kepuasan yang Ita perolehi. Kegembiraan melihat anak-anak dan suami menikmati hidangan air tangan sendiri tidak terucap dengan kata-kata. Happy nya hanya Tuhan yang tahu.

Okey! Jom akak share kan resepi ayam bali ya..

AYAM BALI

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam-potong kecil @ ikut suka
3 helai daun pandan- disimpul
2 batang serai- diketuk
3 tangkai daun kari - buang batangnya-ambil daun sahaja ya..
1 sudu kecil garam
1/3 cawan kicap pekat manis
4 sudu besar cili kering kisar- Ita guna cili kering yang tak pedas
1/2 kiub pati ayam
1 keping asam gelugor
4 biji bawang putih -diketuk
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Cara-caranya:

  1. Masukkan ayam ke dalam periuk.
  2. Taburkan garam, asam gelugor dan bawang putih.
  3. Guna api paling perlahan, tutup periuk dan biar hingga ayam empuk. Tak perlu tambah air ya..
  4. Panaskan kuali, goreng ayam hingga bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak 1/2 senduk dari minyak lebihan ayam di dalam kuali.
  6. Masukkan serai sekejap.
  7. Masukkan pula daun kari dan daun pandan.
  8. Bila terbit bau, masukkan kicap dan cili kisar. Kacau rata.
  9. Bila terbit minyak masukkan ayam dan gaul rata.
  10. Sedia dihidangkan.
Okey, mudah kan?? sangat senang dan sedap.

Hingga jumpa lagi sekejap nanti untuk Ita updatekan resepi sup tulang ya. Akak nak solat subuh dulu..

Assalamualaikum..





Comments

Popular Posts