BISKUT PANDAN DELIGHT

BISKUT RAYA NUKILAN TERKINI DARI ITA.. TERNYATA SEDAP..







Assalamualaikum.. terasa lama tak berupdate blog Ita ni. Lantaran kesibukan dengan tempahan biskut raya menjadikan masa yang tinggal sedikit cuma untuk rehat sahaja. Hehehe.. macam ni lah kalau tiba musim perayaan.. Tak menang tangan Ita dibuatnya.

Pada awalnya Ita tak mahu mengambil tempahan kerana sibuk untuk menyiapkan buku buku baru Ita, namun Ita tak tega pulak bila ramai rakan-rakan setia Ita meminta untuk Ita menerima tempahan mereka.  Ita jadi tak sampai hati. Lalu dalam keadaan yang last minute Ita terima juga. Hehehe.. kepada teman-teman, sudi-sudikan lah datang ke rumah Ita pada hari raya yang kedua. Sebab hari raya pertama kami berada di rumah orang tua kami.

Hari ni Ita nak kongsikan satu resepi dari buku terbaru Ita 100 RESEPI BISKUT MUDAH DAN CEPAT. Biskut ini Ita ciptakan dengan niat asalnya, mahukan biskut yang mudah-mudah dan sedap. Rasanya, semua orang boleh membuatnya. 

Jom Ita kongsikan resepinya. Anda boleh dapatkan buku biskut ini dari kedai Popular, SMO Book Store dan MPH. Juga boleh dapatkan terus dari Ita ya..

PANDAN DELIGHT

Bahan-bahannya:
130 gm mentega
40 gm gula aising
1 sudu besar pes pandan
40 gm tepung jagung
165 gm tepung gandum
Hiasan : coklat  putih dan badam

Cara-caranya:

  1. Badam dibakar dan sejukkan.
  2. Kacau sebati mentega dan gula aising.
  3. Masukkan pes pandan dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung jagung, kacau hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  6. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila sejuk, cairkan coklat putih. Titiskan ke atas biskut dan letakkan badam.
  8. Biar coklat keras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Okey, dah siap biskut raya kita. Buatlah biskut dengan anak-anak atau adik beradik. Tentu saja suasana menjelang raya anda lebih meriah.

Assalamualaikum.

Comments