GULAI AYAM BERSAMA LABU

IFTAR KE 4 KAMI, SYUKUR REZEKI ALLAH..




Assalamualaikum.. salam sejahtera dan selamat pagi buat teman-teman yang berkunjung ke dapur maya Ita kali ini. Apa khabar kawan-kawan dan adik-adik semua.

Terasa agak terlewat sebab Ita mengongsikan menu iftar hari yang keempat. Tapi tak mengapalah kan sebab menu ni boleh di guna bila-bila masa pun. Raya pun boleh jer, kalau nak hidang menu ni tetapi tak meriah lah sebab selalunya kalau time raya kita mesti nak yang sangat special dan jarang dapat menikmati pada hari biasa. 

Namun peredaran zaman menjadikan menu hari raya sudah boleh dinikmati pada hari biasa pun berbanding pada zaman kita kecil-kecil dulu. Kalau zaman kecil dulu ketupat dihidang ketika musim perayaan tetapi sekarang, kalau masuk je Pasar Siti Kadijah di Kota Bharu tu..semuanya ada.. hehehe.. menu raya tidak lagi bermusim.

Okey, pagi ni Ita nak sharekan menu lauk iftar kami hari keempat. Gulai Ayam Bersama Labu. Rasa labu yang sedap dan manis menjadikan stok labu tak pernah 'zero' di rumah Ita. Hubby akan selalu menjadikan ianya bahan yang sentiasa ada di rumah. Sebab dengan labu, Ita boleh buat macam-macam seperti lepat labu, sira labu, masak lemak, muffin labu, seri kaya labu dan macam-macam lagi. Tunggukan buku  kuih Ita yang terbaru nanti ya.. Pastinya labu juga menjadi resepi dalam buku itu nanti.

Okey jom, sebelum solat subuh mari Ita kongsikan resepi Gulai Ayam ber sama Labu ya..


GULAI AYAM BERSAMA LABU

Bahan-bahannya:

1/2 biji labu- kupas kulit dan potong kasar
1/2 ekor ayam-sederhana potong kecil
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu besar gula
200 ml santan pekat
600 ml air
1/2 senduk kecil minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili kering
1 biji buah keras

Cara-caranya:
  1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. masukkan air dan ayam, perlahankan api. Biar ayam empuk.
  3. Ketika ayam separuh empuk, masukkan labu.
  4. Masukkan garam, gula, asam gelugor, jintan manis dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan kacau sentiasa hingga mendidih.
  6. Masukkan daun kunyit dan kacau rata.
  7. Sesuaikan rasa.
Okey, boleh anda mencubanya untuk hidangan berbuka nanti. Semuga memberi manafaat kepada anda semua.

Salam manis dari Ita di bulan ramadan yang penuh keberkatan. Sinari hidup kita dengan amalan yang mulia.

Assalamualaikum.



Comments

Post a Comment

Popular Posts