Sunday, 12 June 2016

IFTAR KE ENAM

ADUHS... SEDIH MAK NYA TENGOK ANAK TAKDE SELERA..




Assalamualaikum... salam sejahtera buat teman-tean Ita yang dikasihi semua..


Sedih sungguh Ita melihat si Adam yang tak de selera untuk makan. Dah lah seharian berpuasa, tapi seleranya pada nasi memang tiada. Baru jer enam hari berpuasa, selera nya dah terpadam.. kesian sungguh.

Dan hari ini bila di tanya, apa makanan yang adik nak makan. Dia boleh cakap nak makan roti canai kedai mamak. Hahahaha... letih betul anak Ita yang sorang ni.. memang roti canai kedai lah setiap minggu yang dia suka.

Jadi untuk tidak menghampakannya, Ita mengambil keputusan untuk memenuhi seleranya. Jadi kami sekeluarga berkorban selera lah hari ini untuk dia.

Takpe, biar dia memesan roti canai telur, Ita, suami dan adik lelaki Ita memesan nasi beriani ayam. Kakak dan Avien pun nak roti canai jugak rupanya..hehehe..

Okey hingga jumpa lagi..