Friday, 17 June 2016

KUETIAW UDANG

IFTAR KAMI HARI YANG KE 10,.. KUETIAW UDANG, AIR LAICI KANG DAN DESSERT PUDING MANGGA .


Assalamualaikum.. selamat pagi. Alhamdulillah dapat jumpa lagi. Dah start buat persedian untuk hari raya? Ita belum lagi..hehehe.. Ita memang selalunya memang last minit. Masa tu reda jer apa yang ada. Ita tidak suka bersesak-sesak ketika orang ramai. Hehehehe..

Makan apa iftar semalam ya kawan-kawan? Tentu mcam-macam ada ya. Alhamdulillah, Ita tak sediakan banyak juadah. Biasa-biasa aje. Alhamdulillah, suami dan anak-anak pun bukan jenis semua nak makan. Asalkan ada hidangan untuk berbuka itu pun sudah memadai.

Ita pun masak jer simple-simple. Sebenarnya artikel ini di taip pada hari puasa ke 11, tapi disebabkan taip sekejap rasa malas, lalu berhenti. Pastu sambung pulak 2 hari kemudian, hehehe.. mood menaip tak berapa nak rajin betul sekarang ni.

 Pada iftar kami yang ke 10 Ita masak kuetiaw udang, air laici kang, puding mangga dan ondeh-ondeh kiriman ibu tersayang. Bila adik lelaki Ita balik kampung, ma kirimkan ondeh-ondeh. Maka lengkaplah hidangan kami anak beranak. Alhamdulillah, selalu ada jer.. rezeki yang sampai. Puding mangga tu Ita buat untuk elakkan dari membazir. Kebetulan bapa saudara beli mangga banyak, dia bagi Ita 4 biji. Tu yang Ita buat puding mangga tu.

Jom Ita kongsikan resepinya ya.

KUETIAW KERANG

Bahan-bahannya:

800 gm kuetiaw
1 ikat daun sawi
500 gm udang - buang kulit dan cuci
1 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar kicap
1/2 biji lobak merah-potong bulat
1/3 senduk minyak

Bahan kisar:
 1 biji bawang besar 
1 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar. Biar seketika.
  2. Masukkan kicap, sos tomato, sos cili, sos tiram, gula, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
  3. Masukkan udang. Kacau rata.
  4. Masukkan pula sawi dan lobak merah. Kacau hingga sayur  sedikit layu.
  5. Akhir sekali masukkan kuetiaw dan gaul rata.
  6. Bolehlah di hidangkan.

LAICI KANG

70 gm pak kor- buang kulit dan rendam 2 jam
10 keping kundur
30 gm biji teratai
6 kuntuk bunga kembang semangkuk-direndam hingga kembang
200 gm gula batu
2 liter air
2 cawan gula
50 gm agar-agar hitam-parut
20 gm longan kering
30 gm biji teratai

Cara-caranya:

  1. Rebus semua bahan kecuali agar-agar hitam. Biar hingga gula dan gula batu hancur. bila mendidih dan sejuk (boleh minum panas atau sejuk) masukkan ke dalam jag. 
  2. Tambah ais secukupnya.
  3. Bila hendak minum kacau-kacau supaya isinya tidak mendap.

PUDING MANGGA

Bahan-bahannya:

12 gm agar-agar
2 biji mangga yang masak
1 liter air
2 cawan gula
1 cawan susu cair

Cara-caranya:

  1. Kisar mangga dan air hingga hancur.
  2. Tuangkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula dan serbuk agar-agar serta masak hingga mendidih.
  4. Tutup api dan masukkan susu cair.
  5. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan hingga keras.
Okey,  itu saja perkongsian Ita untuk kali ini semuga memberi manafaat kepada anda semua.

Assalamualaikum..