MASAK LEMAK UDANG BERSAMA LABU

MASAK RINGKAS-RINGKAS YA..


Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Hurmm.. dah 3 hari kita berpuasa. Hari pertama puasa mungkin sedikit mencabar bagi anak-anak. Bila masuk hari kedua dan ketiga, mungkin lebih selesa sedikit.

Alhamdulillah, so far masih puasa penuh. harap tak banyaklah puasa yang tertinggal nanti, hehehe..bukan apa.. Nak mengganti puasa time orang tak puasa ni, memang ada cabarannya. Nak-nak kalau bulan syawalkan.? Majlis raya sana-sini jer..hehehe..maka kita pun hadir majlis nak menengok jer kan..sebab berpuasa ganti atau puasa enam.

Masak apa ya teman-teman untuk sahur dan berbuka.? Ita just masak ringkas-ringkas jer. Kalau tak nak pening-pening dan nak masak cepat rujuk dekat buku masakan Ita yang terbaru ya.. 500 JUADAH PILIHAN KELUARGA. Senang jer.. belek-belek, pilih yang berkenan, then masak lah ringkas-ringkas ya.


Resepi ringkas yang Ita kongsikan ini ada terdapat di dalam buku terbaru Ita ini ya. Jom! Ita kongsikan resepinya.

MASAK LEMAK UDANG BERSAMA LABU

Bahan-bahannya:

500 gm udang
400 ml air
1 cawan santan pekat
300 gm labu-potong kasar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1/2 kiub pati ikan bilis

Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan labu dan masak hingga labu empuk.
  3. Bila mendidih masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan garam, gula dan kiub pati ikan bilis.
  5. Akhir sekali masukkan udang.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Sedia dihidangkan.
Okey, ringkas jer kan. Kalau tk mahu banyak masa didapur. Ini lah resepi yang cepat dan sedap. Rasa sedap labu memang tak dapat disangkal lagi.

Bagi yang mahu memesan buku resepi ini bolehlah menghubungi Ita melalui whatapp :

Ita : 017 9765626
Harga Buku : RM59.90

Okey bye... Assalamualaikum..







Comments

Popular Posts