Sunday, 12 June 2016

ROTI JALA

IFTAR KE 7, ROTI JALA PILIHAN ANAK-ANAK..


 Assalamualaikum..  Diam tak diam dah hari ke lapan ya. Sekejap pulak rasanya ramadan beralih hari. Mungkin di sebabkan kita sentiasa sibuk dengan tugas-tugas seharian kita. Menjadikan hari-hari kita terasa cepat berlalu. Itulah kehidupan, walau macam mana sekali kita rasa, kita tetap kena melakukan tanggungjawab kita walaupun terasa macam tak sempat jer nak siapkan semuanya.

Kalau Ita sentiasa terfikir sebab faktor usia. Dah senja-senja macam ni, pergerakan dah tak laju. Kalau dulu macam-macam kerja boleh buat tapi sekarang sedikit terbatas. Tambahan pula, kesihatan diri yang tak berapa nak elok macam orang lain lagi lah terasa banyak perkara yang tak boleh dilakukan.

Kalau dulu solat pun laju jer. bacaan macam tak berapa nak jelas..hehehe..dah tua tua macam ni lebih tertib sikit rasanya. Lebih memahami tertib dalam solat. Kalau time baca yasin pulak, 15 minit dah boleh habis.. tapi sekarang tersedar sikit ^-^.  Bacaan kena teratur dan tertib. Hehehe.. terukkan.. Ita tak cakap orang tau! Ita lah tu..kikikiki..

Hari ini Ita nak sharekan juadah kami Iftar ke tujuh. Ita di undang oleh makcik Ita untuk berbuka puasa di rumahnya. Awal-awal lagi dia pesan jangan bawa apa-apa dan jangan masak apa-apa. Just, datang dan makan jer. hehehe.. mula tu rasa suka jugak sebab boleh rehat hari kemarin tu.. ringan sikit tugas rasanya..

Tapi bila dekat-dekat nak pergi tu.. terasa pelik pulak kalau tak bawa apa-apa. hehehehe.. fikir then fikir.. ermmm nak buat apa ni.. Teringat Adam, anak lelaki manja Ita tu sukakan roti jala.  Dan Ita pun teruskan menjalankan misi Ita untuk menyediakan roti jala.

Jom Ita kongsikan resepinya ya.


ROTI JALA PELANGI

Bahan-bahan:
2 cawan gandum
2 biji telur
2 cawan air
4 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
pewarna pink, hijau dan oren

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga  sebati
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau, pink dan oren.
  3. Panaskan kuali tidak lekat, sapukan sedikit minyak.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kirai.
  5. Bila masak , angkat dan gulung
  6. Hidang bersama kuah kari. 

Okey..sampai disini saja semuga ianya menjadi panduan buat teman-teman semua.

Assalamualaikum.