SAMBAL MANGGA

HIDANGAN IFTAR KETIGA



Assalamualaikum... selamat pagi dan salam sejahtera buat teman-teman dan adik-adik semua. Terima kasih banyak ya, sebab sudi singgah di dapur makcik ni. hehehehe.. yang masih bercuti, tentu sangat seronok kan.. alhamdulillah.., dapat berbuka dan bersahur bersama insan-insan tersayang. Seperti anda juga, Ita pun bersyukur sangat-sangat dapat berbuka dan bersahur dengan suami dan anak-anak Ita serta keluarga Ita. 

Kalau dulu, waktu azan pun, Ita masih dekat office. Yang mampu dikejar hanya buah kurma dan air mineral. Kadang tu rasa sedih jugak,  sedih mengenangkan suami dan anak-anak di rumah. Namun, haruslah disedari., setiap kejadian yang Allah rancangkan buat kita semuanya bersebab kan. Bila dah ada di rumah seperti sekarang, dapatlah menikmati iftar bersama suami dan anak-anak. Alhamdulillah.

Semalam., iftar ketiga Ita didatangi oleh dua adik Ita yang pulang bercuti. Masing-masing dengan keluarga mereka. Ita sangat suka dengan kedatangan mereka. Ya, sebab Ita sangat sukakan kehadiran anak-anak saudara Ita yang masih kecil dan kanak-kanak. Terasa meriah sekali. seawal jam 1.30 petang, Ita telah mula memasak perlahan-lahan.. Ya lah, Kita tak sihat macam orang lain..kena start awal lah kan. Dibantu oleh suami tercinta, siap 14 jenis hidangan termasuk air. 


Nugget goreng untuk si kecil..

Kek Red Velvet Simple.. Habis sekejap jer..

Kobis Goreng Kicap

Sambal petai

Kacang Panjang Goreng Bersama Hati Ayam

Kena ada menu untuk kanak-kanak dan dewasa kan. Nak tahu apa menu kegemaran Ita dan suami. Ita dan suami sangat sukakan sambal mangga. Kebetulan mangga epal Ita sangat lebat di halaman rumah. Sehinggakan menimbulkan rasa geram orang yang lalu lalang depan rumah. sampai ada yang memetiknya hampir separuh guni 2 hari lepas tanpa meminta dengan Ita tuan rumahnya.. aduhs.. tergamak mereka kan.. Bulan puasa pulak tu.. Ita melihat dari tingkap bilik tidur masa tu, kebetulan Ita nak solat zohor. Lantas Ita ke anjung depan. Lalu Ita bertanya, boleh dia jawab."saya nak beli mangga ni.." Lalu Ita katakan pada mereka, "saya tak jual mangga tu, nak tunggu dia besar sikit, awak dah petik.., mangga tu tak cukup besar lagi.." Mulanya rasa geram sangat, tapi memikirkan Allah dah tentukan yang tu bukan bahagian Ita kan.. kena reda aje lah.. ermm..cuma terkilan rasanya kerana memikirkan sikap perempuan itu yang mengambil hak orang macam tu.. tak rasa bersalah ke dia. Tapi plat kereta dia Ita ingat sangat. Mana tahu kalau terserempak nantikan..hehehe..




alah..panjang pulak cerita Ita kali ini..meleret-leret pulak. Resepi belum kongsi lagi ni..hehehhe..

Okey kali ini, Ita kongsikan beberapa keping gambar yang sempat Ita ambil malam tadi. tapi tak ambil semua..mood nak sembang ngan adik-adik jer malam tadi. Gambar puding buah dan puding lapis milo pun tak sempat di ambil. Tengok semua yang ada teruja menghadap hidangan kita, Ita pun rasa happy. Harap sangat adik-adik Ita, adik-adik ipar dan anak-anak saudara gembira bertandang ke rumah kakak nya ini.

Jom Ita kongsi kan resepinya ya:


SAMBAL MANGGA

Bahan-bahannya:

1 biji mangga epal (sebarang mangga pun tak apa)
4 biji cili padi
4 ekor ikan selayang-direbus
1 sudu kecil garam

Cara-caranya
1- Mangga dihiris memanjang. Ketepikan.
2- Asingkan isikan dan tulangnya.
Masukkan isi ikan ke dalam lesung dan tumbuk lumat.
3- Masukkan cili padi dan garam, tumbuk hingga sili hancur dan gaul tergaul rata dengan ikan.
4- Ambil bahan tumbuk tadi dan campurkan bersama mangga dan kacau rata.
5-Hidangkan bersama lauk lain.

Sambal ini boleh membangkitkan selera ketika kita rasa hilang selera makan. Ita lebih suka menggunakan mangga epal kerana ia kurang masam.

Dulu, semasa kecil mak selalu buatkan sambal ni tapi masa tu kami ada pokok mangga kecil. Pauh ringan orang Kelantan panggil.

Okey sampai disini sahaja dulu, semuga lain masa ketemu lagi.

Assalamualaikum..


Comments

Popular Posts