SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

ALHAMDULILLAH..BERTEMU RAMADAN LAGI..





Assalamualaikum... apa khabar? Lama jugak Ita tak mengupdatekan blog kesayangan Ita ni ya. Terasa tugas seharian semakin sibuk dan sangat membatskan waktu untuk memenuhi hobi Ita. kalau dulu.., 3 hari da boleh habiskan sebiji novel. Walaupun dah rehat di rumah, terasa nak habiskan novel mengambil waktu sehingga sebulan. Lama betul.. sibuk dengan apa ya..

Ita teringat satu artikel yang pernah Ita baca. Tertulis di situ, jika kita merasakan satu hari berlalu dengan pantas dan kita merasakan masa sangat cepat berlalu sehingga kita tak sempat untuk melakukan  atau menyudahan pekerjaan kita , itu menandakan dunia hampir kiamat. Aduhs!! pedih sungguh rasanya.. Kenyataan, ya ..! itu lah kenyataannya kan..

Semuga ramadan kali ini kita lebihkan amalan kita dan semuga banyak amalan yang dapat kita bawa untuk bekalan ke sana nanti. Ita sendiri.. terkadang, merasakan beribu kesalan kerana keinsafan lambat datang dalam diri. Mengaji quran hanya bila ada kelapangan sahaja. Bila dah senja macam ni, baru terasa sedikit kerugian kerana tidak mengamalkan alquran setiap hari sedari dulu.

Jadi, Ita cuba tanamkan membaca alquran setiap hari walaupun sedikit. Kalau tidak mempunyai masa sekali pun, cuba juga celahkan sedikit waktu untuk menatap al quran yang tentu-tentunya menjadi pelindung kita nanti.

Di samping itu, cuba rapatkan silatulrahim yang renggang sebelum ini. Kalau dulu, bila hari raya sahaja kita akan bertandang ke rumah saudara mara yang jauh. Tapi kini, tidak lagi.. Ita cuba sedaya upaya untuk melawat saudara mara yang jauh.

Oooo.. lama juga berceloteh ya.. ermm.. nak masak apa hari ini? Semalam sepupu Ita datang ke rumah. Bawakan Ita sebeks besar buah jambu. cantik, sedap sungguh. Sayang jugak dia kat Ita. Nak datang bukan dekat-dekat. Dia di Pasir Puteh dan Ita di Kota Bharu.. Tapi nak cakap, nikmatnya kalau pemberian yang penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan.. Thanks dear!! Love you much.. sepupu dari kecik sampai besar..teman gaduh, teman mengadu nasib, teman main.. Banyak kenangan..

eh..eh..lupa lagi. Tadi cakap, kita nak masak apa ya.. Untuk hidangan lauk pauk Ita belum decide lagi nak masak apa tapi, kalau kuih tu dah plan nak buat seri muka gula melaka. Sebab kuih ni, ramai ahli keluarga yang suka.

Apapun Ita nak minta maaf banyak-banyak ya, kalau selama Ita mengenali anda, Ita ada membuat kesilapan dan menyusahkan anda semua ya.

Dan..lagi satu., jangan lupa beli buku-buku Ita untuk panduan anda semua..

Comments

Popular Posts