SUP TULANG

SUP TULANG YANG TERANGKAT! HE..HE..HE..



Assalamualaikum, selamta pagi .. sebelum kita solat dhuha. Mari Ita kongsikan sup tulang yang sedap dan tak terasa habiskan bermangkuk-mangkuk ni.

Sup tulang hidangan iftar hari ke 5 kami di rumah ma dan berbuka bersama-sama adik-adik Ita yang balik untuk menyambut awal ramadan bersama orang tua.

Sup tulang ni, Ita menggunakan rempah sup serbuk dan bukan sup bunjut tu. Kalau dulu-dulu, Ita menggunakan rempah sup bunjut dan kuahnya lebih jernih berbanding dengan sup ini.


Tak mahu celoteh panjang-panjang, Ita kongsikan sup yang sedap ini. Mana tahu ada yang nak mencubanya untuk berbuka nanti ya.

SUP TULANG

Bahan-bahannya:

1 kilo tulang - Ita beli yang siap dipotong
1/2 kilo daging-hiris kecil @ suka hati
3 sudu besar rempah sup
2 sudu kecil garam
5 biji cili padi - diketuk
3 liter air
2 biji kentang - potong dadu
1/2 biji lobak merah -potong bulat
2 batang saderi- hiris
1 kiub pati daging (Optional)
1 sudu besar gula
1 senduk kecil minyak masak
1 biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji tomato-belah empat (Ita guna tomato kecil)

bahan kisar:
4 ulas bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bawang putih
1 batang saderi

Bahan tabur ketika menghidang:
1 tangkai daun bawang-hiris
1 tangkai daun sup-hiris
1 biji limau nipis-perah ke dalam sup

cara-caranya:

  1. Tulang dan daging direbus hingga empuk bersama 1 sudu garam selama 1 1/2 jam dengan api perlahan. Jika air hampir kering boleh lah ditambah ikut citarasa. Jangan banyak sangat ya.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  4. Masukkan air, kentang dan daging yang direbus tadi.
  5. Masukkan rempah sup dan lebihan garam tadi.
  6. Masukkan pula kiub pati daging dan gula.
  7. Bila mendidih, masukkan cili padi, tomato, lobak merah dan batang saderi.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Tabur, bawang goreng, daun sup, daun bawang dan perah limau nipis ketika menghidang.
Alhamdulillah, semua anak-anak Ita tidak cerewet dalam memilih makanan. Begitu juga dengan suami dan adik lelaki Ita. Namun si Adam sahaja yang agak mengada-ngada sikit. Makanan nya ala -ala mamak dan kadang kala western sidikit. Pelik sikit anak lelaki sorang ni. Jadi maknya kena lebih rajin sikit untuk sediakan makanan untuk dia.

Okey hingga jumpa lagi. Salah dan silap harap dimaafkan ya. Semuga memberi menafaat kepada yang mencubanya.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts