Saturday, 16 July 2016

POP CORN

POP CORN MUDAH DAN SEDAP



Assalamualaikum.. selamat petang. Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik belaka ya. Masih puasa enam? Alhamdulillah.. Ita dah habis puasa enam. Hari ni dah raya pun.  Niat awal nak buat tapai pulut hitam, namun kesihatan tak berapa nak baik semenjak empat hari lepas membantutkan niat asal nak beraya sakan..hihihihi..

Takpe lah, janji puasa enam dah pun selamat kan?? Tambahan lagi kalau berpuasa bersama suami pulak. Tentu saja kegembiraannya lebih berganda kan?

Apa pun, untuk santai petang-petang dan sebagai jajan anak-anak, Ita buatkan tuk mereka pop corn. Nak resepinya tak? Tentu saja, ita rela kongsikan resepi yang sangat mudah ini. semudah membuat air teh "O" aja..

POP CORN

bahan-bahannya:

250 gm jagung biji (ala..yang kering tu..)
2 sudu besar mentega ( guna buttercup-sedap)
2 sudu besar minyak minyak masak

bahan karamel:
4 sudu besar gula
4 sudu besar gula perang
6 sudu besar mentega (buttercup Ita guna)

Cara-cara:

  1. panaskan minyak dan mentega hingga cair.
  2. bila panas masukkan 2 biji jagung dulu untuk testing.
  3. bila biji jagung tu meletup, masukkan semua biji jagung dan tutup kuali.
  4. cuba lenggang-lenggang kan kuali supaya rata.
  5. Kalau guna tutup kuali yang berkaca pun bagus sebab boleh nampak jagung yang dah menjadi pop corn tu..
  6. pastu tutup api.
  7. Membuat karamel: guna kuali lain, panaskan mentega, gula perang dan gula pasir. 
  8. kacau hingga gula mencair dan sebati. Jangan guna senduk kayu ya, nanti melekat dan meyerap pada senduk.
  9. bila dah cair tu, masukkan pop corn dan kacau rata.
Resepi ni Ita dapat banyak sangat. kalau nak cuba sedikit dulu boleh buat separuh ya. Semuga dengan terkongsinya resepi ini akan memberi manafaat kepada kawan-kawan semua.

Assalamualaikum..