Sunday, 10 July 2016

SARDIN TUMIS

SARDIN MASAK SIMPLE JER.. MENU TERTUNGGAK...




Assalamualaikum.. hai dear.. apa khabar. selamat pagi. Takde apa yang nak di kongsikan pagi ini, namun terasa jari jemari lembut jer nak mengetik keyboard komputer. Sementelah lagi, anak-anak ke sekolah.. kita yang mak ayah ni pulak berpuasa. Mula lah kesunyian menjengah diri ya..

Seusai bersahur pagi ini, Ita terus melakukan tugas-tugas hakiki sebagai seorang suri rumah, seorang ibu, seorang isteri, seorang mahkluk Allah yang cuba sedaya upaya untuk mentaati setiap suruhan Nya. Harapan tu.. agar berjaya lah.. dengan azam yang ditanam semenjak awal tahun lagi. Walaupun masih belum sampai separuh lagi azam yang tertunai, namun harapan tetap ada untuk melunasi setiap azam yang di semaikan sebelum ini. Hidup mesti ada target dan think positive adalah pemangkin setiap keinginan kita semuga tercapai, kan? 

Untuk tidak menghampakan kepada yang sudi-sudikan diri bertandang ke blog Ita ni, Ita hidangkan menu ringkas jer ya. Mana tahu kebetulan selepas kembali bertugas selepas ramadan ini ada yang sibuk dan tak mempunyai masa yang banyak untuk ke dapur namun rajin untuk memegang periuk belanga boleh lah mencuba menu ringkas ini ya.

Jom kita tengok!!

SARDIN TUMIS

Bahan-bahannya:

1 biji bawang besar-hiris bulat
4 ulas bawang putih-hiris
1 biji cili merah-hiris
2 helai daun limau purut
1 batang serai-ketuk
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugor
1/3 sudu besar gula
1 biji cilipadi - diketuk
1 tin sardin - Ita guna brand Ayam
1 gelas air
2 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan semua bahan diatas dan masak hingga mendidih.
  3. Sesuaikan rasa.
  4. Hidang bersama nasi panas dan lauk lain.
Alhamdulillah, sedap jugak..

Aaaah..kan dah cakap..mudah sangat. Kalau malas lagi tak tahu lah makcik nak cakap..hehehehe..

Assalamualaikum... Jangan lupa dapatkan buku-buku makcik yang dah terdapat dipasaran ya.. yang terbaru 100 RESEPI BISKUT MUDAH DAN SEDAP.. cuma RM34.90 jer..