Monday, 26 September 2016

MAJALAH SAJI OKTOBER 2016

ITA DI MAJALAH


Assalamualaikum... bertemu kembali di alam maya kali ini. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat masih mampu menikmati pemberian Nya yang tak terbayar oleh kita sebagai hamba Nya.

Kali ini Ita nak kongsikan cerita Ita di majalah SAJI bulan Oktober 2016. Kisah Ita kali ini berkisahkan cerita blogger. Seperti kawan-kawan sedia maklum, terjerumusnya Ita di kancah blogger ini adalah kerana minat memasak yang melampau, ditambah pula dengan keinginan perkongsian setiap resepi yang Ita masak setiap hari. 

Kadang kala Ita selit kan juga cerita-cerita keluarga Ita dan cerita lain yang Ita rasa boleh dikongsikan dengan teman-teman semua. Menariknya SAJI kali ini bukanlah kerana cerita Ita sahaja malah, chef lain yang lebih gah dan ternama turut dimuatkan. Antara nya, Fizo Omar yang berkongsikan cerita mengenai restoran Fizomawar.

Selain itu juga chef Zaidah dan pelakon terkenal, Mahmud Ali Basha turut berkongsi cerita.



Intai Blogger, adalah ruang buat Ita kali ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan majalah SAJI ya.. ada beberapa resepi yang Ita kongsikan kali ini.


Antara resepi yang Ita kongsikan dalam majalah saji kali ini. Semuga ia nya memberi manafaat kepada pembaca semua.

Okey sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum..